Hidupnya Jiwa Adalah Kerana ILMU, Maka Rebutlah ILMU, Matinya Jiwa Adalah Kerana Kejahilan, Maka,Hindarilah Kejahilan. Biar Zaman Berubah, Tetapi Hati Jangan Goyah, Silakan Masa Berganti, Tetapi Keyakinan Jangan Mati, Ia adalah Intan Paling Mahal, Berharga dan Permata Penyeri Jiwa. Jaga Iman Kukuhkan Hati Demi Islam yang Hakiki...

Rabu, November 25, 2009

selepas beberapa bulan....


assalamualaikum...warahmatullahiwabarokatuh.
selepas beberapa bulan yang penuh dengan pelbagai agenda ni...sekarang baru ayong berkesempatan nak update.lame tu.....entry pun xde lagi..
tapi xpe...slow-slow lah kan...ayong tak menulis, masih ramai lagi bloggers seangkatan yang terus mencurahkan ilmu2 n pengalaman..bolehla kite same2 bace entry dorang kan..
ayong pun xdela penat nak fikir nak letak entry ape..muehehehe..xdelah.

untuk permulaannye,salam aidiladha tuk semua...
untuk pertengahannye,ayong dah ade baby..boy yang comel dan hensem dan kacak dan wangi dan baik.(sape lagi nak pujikan kalau bukan ibunye sendiri..).
untuk pengakhirannye, doakan kami sekeluarga di dalam rahmat Allah dan berbahagia selalu...kalau adam x kacau,adela entry baru kat sini nanti ye..kalau xde tu, faham2 ajela...si manje bucuk ni x bagila tu ibu die pay attention pd laptop aje..kene ade dekat2 die aje...(kadang2 tinggalkan jgk..hehe)

dan sebagai penutupnye, buat para2 wanita, nantikan entry ayong yang seterusnye,dengan tajuk >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

PAHALA BUAT IBU..(ayong nak share ngan sume.ayong dapat pun sbb abah yg bagi..2 weeks after deliver baby haritu,abah tinggalkan 3helai A4 dlm bilik,suruh ayong bacelatu..nanti ayong letaklah kat sini.sebenarnye dulu2 dah pernah bace,tapi x amik peduli sgt sbb mase tu belum bergelar ibu...sekarang ni,bile bace,terus masuk dlm memory.manela tau ade yg blom bace,bolehla bace same2 nanti ye.

ok...setakat ini sahaja untuk kali ini...nak tengok adam yg tengah nyenyak tido..hihi..omel ibu nantuk eaaa...:)

Sabtu, Mac 14, 2009

Doa Seorang Isteri..

Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yangterbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusanBimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan MuAku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,

Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi 'Alamin…….

hari ini dalam sejarah

listen through the lyrics

kerana ALLAH sentiasa bersamamu

kerana  ALLAH sentiasa bersamamu