Hidupnya Jiwa Adalah Kerana ILMU, Maka Rebutlah ILMU, Matinya Jiwa Adalah Kerana Kejahilan, Maka,Hindarilah Kejahilan. Biar Zaman Berubah, Tetapi Hati Jangan Goyah, Silakan Masa Berganti, Tetapi Keyakinan Jangan Mati, Ia adalah Intan Paling Mahal, Berharga dan Permata Penyeri Jiwa. Jaga Iman Kukuhkan Hati Demi Islam yang Hakiki...

Khamis, September 27, 2007

ramadhan....

Bertemu kembali dengan Ramadan
Kurasakan bahagia menyelubungi
Ya Allah daku bersyukur
Kau pertemukan aku semula

Ramadan yang mulia
Di Ramadan Ya Allah
Rahmatnya ku rasa
Banyakkan beribadah
Ku tahu pengampunan Mu
Melangit tinggi

Ramadan rahmat dari Ilahi
Banyakkan beribadah dan berdoa

Hapuskan dosa tingkatkan pahala
Semoga beroleh nadirah
Semoga kita menjadi hamba yang setia
Ramadan menyedarkan aku

Kesusahan yang dialami insan lain
Ramadan ujian Ilahi
Mengajar erti kesabaran dan kesetiaan
Andainya ini Ramadan terakhir bagiku
Kuharap ianya 'kan membela ku di akhir nanti

-ramadhan
by brothers

birthday wish to my 2 little bro..




happy birthday to both of you...oleh kerana mama,ayong ngan lah yang pegi beli cake,so the cake is 'gurly'la sikit kan...kikikiki..takpelahkan...simbolik je..lain-lain kali kite wat pulut kuning pulak ye...
apepun,happy birthday...

Rabu, September 26, 2007

abah je x jumpe lailatulqadar mlm tu..

kelmarin,mase dalam kereta on the way nak balik umah dr pulau carey lepas balik terawih,abah cite kat ayong ngan yas (sbb mama ngan yan dah sampai ke bulan,kikiki) pasal lailatul qadar..3 cerite...tapi cerite pendek je..cerpenlah shortform die.
cerite 1-abah kate,dulu, mase abah muda2,abah adela ikut 'ktikaf kat masjid bangunan TM kat kuala lumpur sane..mase tu bulan ramadhan jugak mcm sekarang nila.pastu, ade satu hari dlm 10 mlm yang last tu,abah macam biasela,ganti2 tidur.ade yang tidur, ade yang tak tidur.abah kata,sebab abah ngan kawan2 die dah set,sape yang tak tidur tu, kalau ade nampak ape-ape ke, rase ape2 ke,bolehla kejutkan kawan2 yang lain..senang cite bolehla same-same jumpe lailatulqadar..nak dijadikan cerita,malam tu, abah ngan sebahagian kawan2 abah yang lain pun tidur..rupenye, dalam tengah2 seronok tidur tidur tu,kawan abah yang berjaga ni terasa sesuatu malam tu...ape lagi, cepat2 die kejutkan kawan-kawan die.tapi,malangnye, abah yang tidur terjauh,tersorok,tersembunyi n terperuk jauh dari kawan-kawannye tak dikejutkan.....tinggallah abah sorang2 yang terkecuali malam tu..terkecuali dari berjumpa lailatulQadar malam tu agaknye..pastu abah pun kate,"abah je x jumpe lailatulqadar mlm tu"...sian abah.

cerita 2-abah kate,ade kawan abah tu cite,satu hari tu die dekat masjid nak solat..mase nak ambik wuduk,die letakla kopiah die dekat ranting sebatang pokok dekat sebelah tempat wuduk tu...sudah je die amik wuduk n nak capai kopiah die,tup tup 'eh, hilang'....takdedah kopiah die kat situ..besok pagi,bile hari dah terang,terkejut die tengok,kopiah die yang hilang semalam tu ade kat atas pokok...pastu abah kate lagi,mcmmane plk boleh ade atas pokok kan...mungkin jugak mlm tu adalah malam lailatulqadar.mcmmane blh jadi gitu ayong pun tak tau...wallahu'a'lam.

cerita 3-ayong terlupe....ape ye????allahummasolli'ala saiyyidina Muhammad.....ala, tak ingat jugak lagi.samar2 lah.nanti ayong tanye abah balikla ye..abah dah cite balik nanti ayong citelah balik.apeye?????

Isnin, September 24, 2007

kelebihan solat sunat tarawih

malam 1-dikeluarkan dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sebagaimana ia baru dilahirkan, dan mendapat keampunan dari Allah s.w.t

malam 2-diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang solat tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang yang beriman)

malam 3-malaikat berseru di bawah 'Arasy supaya kita solat tarawih terus menerus dan semoga dosa-dosa kita diampunkan oleh Allah swt

malam 4-mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat,Injil,Zabur dan Al-Quran

malam 5-Allah swt mengurniakannya pahala seumpama orang yang solat di Masjidil Haram,Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa

malam 6-Allah swt mengurniakannya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu malaikat sekali tawaf),serta setiap batu-batan dan tanah mendoakan supaya Allah swt mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam ini.

malam 7-Seolah-olah dia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'alaihissalam menentang musuh ketatnya fir'aun dan Hamman.

malam 8-Allah swt mengurniakannya pahala sebagaimana pahala yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah swt Ibrahim 'alaihissalam.

malam 9-Allah swt mengurniakannya pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad saw

malam 10-Allah swt mengurniakannya kebaikan di dunia dan di akhirat

malam 11-akan dikeluarkannya dari dunia sepertimana bayi yang baru dilahirkan

malam 12-Didatangkannya pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya(cahaya ibadat)

malam 13-Didatangkannya pada hari kiamat dalam keadaan aman sentosa daripada segala kejahatan dan keburukan

malam 14-Malaikat-malaikat datang melihatnya mengerjakan solat tarawih dan Allah swt tidak akan menyesatkannya di hari kiamat.

malam 15-semua Malaikat yang menanggung 'Arasy ,Kursi berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orng yang bersolat tarawih pada malam ini.

malam 16-Allah swt mencatitkan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga

malam 17-Allah swtmenurniakan pahala kepada orang yang bersolat tarawih pada malam ini sebanyak pahala-pahala para nabi.

malam 18-Malaikat menyeru"Hai hamba Allah swt sesungguhnya Allah swt telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau. (yang masih hidup ataupun yang telah mati"

malam 19-Allah swt meninggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus

malam 20-Allah swt mengurniakan kepadanya pahala-pahala orang yang mati syahid dan para solihin

malam 21-Allah swt binakan padanya sebuah istana di Syurga daripada Nur(cahaya)

malam 22-Didatangkannya pada hari kiamat aman dari segala jenis dukacita dan kerisauan.(tidak dalam huru-hara di Padang Mahsyar)

malam 23-Allah swt binakan padanya sebuah bandar di syurga daripada Nur (cahaya)

malam 24-Allah swt membuka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih pada malam ini

malam 25-Allah swt mengangkatnya daripada siksa kubur.

malam 26-Allah swt mengurniakan kepada orang yang bersolat tarawih pada malam ini pahala seumpama pahala 40 tahun ibadat

malam 27- Allah swt mengurniakan kepada orang yang bersolat tarawih pada malam ini ketangkasan melintas di atas titian Siratul Mustaqim seperti kilat yang menyambar

malam 28-Allah swt mengurnikan padanya pahala 1000 darjat di akhirat

malam 29-Allah swt mengurniakan padanya pahala 1000 kali haji yang mabrur

malam 30-Allah swt memberi penghormatan kepada orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam yang terakhir ini dengan ganjaran yang teristimewa sekali lalu berfirman :-"hai Hambaku, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau inginkan di dalam syurga,dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila srta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad saw yang bernama Al-Kauthar"

Jumaat, September 21, 2007

al-fatihah buat adik nurin jazlin jazimin

assalamualaikum..
ayong baru lepas tgok berita jam 12 td...berita mengenai budak yang hilang,adik nurin jazlin jazimin,8 thn yang hilang selepas pergi ke pasar mlm pd 20 ogos 2007 sekali lagi mengisi skrin tv..tapi kali ni bukan macam berita berita yang lepas..bukan lagi berita untuk mengajak dan meminta rakyat malaysia sama-sama membantu dalam mencari adik nurin tapi,berita harini mengesahkan yang mayat kanak-kanak yang dijumpai didalam sebuah 'gym bag' adalah mayat adik nurin...innalillahiwainna ilaihiraaji'unn..ucapan takziah buat keluarga adik nurin.semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..
sayu hati melihat seorang ayah menitiskan airmata,,pasrah dalam menerima pemergian anak kesayangannya.
betapa manusia sekarang ni ada yang tidak berhati perut,tidak berperikemanusiaan lansung..apa-apapun, semoga sesiapa sahaja yang terlibat dalam melakukan perkara yang kejam ni diberi balasan yang setimpal oleh Allah swt nanti..
sedikit pesanan buat rakyat Malaysia yang seMalaysia dengan ayong...jagalah anak-anak,adik-adik,mahupun ahli-ahli keluarga kita sebaiknya..

Selasa, September 18, 2007

dilarang menduduki peperiksaan kerana bertudung


Diskriminasi wanita bertudung masih juga berlaku walaupun banyak pihak memperjuangkan kebebasan mengamalkan pegangan agama masing-masing.Di Tunisia,mahasiswi beberapa universiti menghadapi tekanan apabila Jabatan Keselamatan Negara (JKN) di Negara mereka menghalang mereka daripada menduduki peperiksaan akhir mereka.Larangan ini bukan sahaja diterhadkan kepada glngan mahasiswi sahaja, bahkan, pelajar sekolah yang dibawah kementerian Pendidikan Negara itu juga turut menerima nasib yang sama.

Bukan setakat dihalang daripada menduduki peperiksaan, bahkan wanita bertudung turut ditegah daripada memasuki premis-premis kerajaan.Ini dengan jelasnya telah menggugat kebebasan beragama yang sekian lama diamalkan di Tunisia
Menurut sumber daripada siswi yang dikenakan tindakan itu,ia berlaku diwilayah sebelah timur dalam jajahan wilayah tengah ibunegara itu.Ia bermula apabila pihak JKN merampas dokumen dan kad pelajar berkenaan dan tidak membenarkan mereka menduduki peperiksaan.

Akibat kejadian itu,berlaku perbalahan membabitkan siswi tersebut dan petugas JKN yang membawa kepada rusuhan di hadapan pejabat JKN yang terdapat di kebanyakan university.Sumber daripada pihak JKN pula menyatakan bahawa siswi yang terlibat dan dikenalpasti terbabit dalam rusuhan tersebut akan diberhentikan daripada meneruskan pengajian.Nama mereka juga akan disenaraihitamkan dan tidak dibenarkan meneruskan pengajian seterusnya di university-universiti Tunisia.

Para siswi telah dipaksa menurunkan tandatangan persetujuan agar tidak memakai tutup kepala jika mahu meneruskan pengajian di university.Petugas JKN bkan sahaja bertindak di university sahaja, tetapi juga di hadapan masjid,pasar dan juga di tempat awam.ini menimbulkan kemarahan pelbagai phak yang menganggapnya provokasi bagi menangkap sesiapa sahaja yang menentang dasar itu.

Di sebuah wilayah lain,ramai muslimat bertudung ditangkap dan disumbatka ke dalam lokap dalam tempoh beberapa hari sebelum di bebaskan.Ini bertujuan menghina serta merendah-rendahkan kedudukan muslimat yang bertudung.Tudung dianggap pihak berkuasa sebagai pemakaian yang boleh menjejaskan pembangunan Negara.
Begitu pelik tetap itulah hakikatnya ujian yang terpaksa dihadapi oleh muslimat di Tunisia bagi melemahkan iman.Mereka akhirnya terpaksa akur kepada kemahuan pihak pemerintah secular itu..

Dipetik dari majalah wanita islam ,bil 196.ms 11.

Syukurlah kita di Malaysia tidak mengalami nasib yang sama seperti saudara kita di Tunisia sana.Sama-samalah kita doakan mereka kuat dalam memperjuangkan syariat Islam...terkilan jugak ayong terkadang tu bila baca bab-bab bertudung ni..betapa muslimah di negara lain yang bertudung bersusahpayanh dalam memperjuangkan hak mereka sebagai muslim,tapi masih ramai dikalangan kita yang berada di dalam negara yang bebas memilih,bebas beragama ni tetap jugak tidak tertutup mahkota di kepalanya...kalau tertutup pun,,,,faham-faham sajelah.sepatutnya masing-masing tahu tanggungjawab masing-masing sebagai seorang muslimah,wanita islam..bersyukurlah...jangan kufur nikmat.Jangan tunggu sampai nasib kita jadi macam kisah muslimah tunisia ni baru kita nak terngadah..,macam kata pepatah tu, "dah terhantuk baru nak terngadah".Nauzubillahiminzalik.

ramadhan kareem



salam ramadhan buat semua dari ayong...pejam celik, bangun duduk,tidur jaga, kita dahpun di hari yang keenam ramadhan...dah 6 hari kita berpuasa..sahabat sahabiah(ayong tak pasti sebenarnye ade ke istilah ni) yang nun jauh disana mesti seronok menjalani ibadah puasa di bumi barakah..sahur dengan sahutan azan yang bersahut2,berbuka pun dengan azan yang mendayu2,bersahut2 dari masjid2 yang berdekatan..seronok!apetah lagi waktu terawihnya..dari segenap pelosok bacaan ayat-ayat suci al-quran berkumandang..yang telah merasainya sahaja yang tau betapa berbezanya puasa diantara 2 negara...
apepun,buat semua, manfaatkanlah bulan mulia ni sebaiknya..siapa tahu, ini mungkin ramadhan terakhir buat kita.banyakkanlah amal..kita telahpun dijanjikan 70 kali ganda ganjaran atas setiap ibadah yang kita lakukan berbanding dengan bulan2 lain..beruntungnya...jadi, usah sia-siakan janji ALLAH swt ni..
akhir kata dari ayong, 'berpuasalah sesempurna-sempurnanya seolah-olah ini adalah ramadhan terakhir buat kita dan beribadahlah sebanyak-banyaknya seolah2 esok sudah tiada lagi buat kita..'
-kullu ramadhan waantum taiyyibun-

Selasa, September 04, 2007

matlamat menuntut ilmu

Matlamat menuntut ilmu dapat digambarkan melalui 4 elemen utama iaitu alam,wahyu,manusia dan ilmu.

‘alam’ mengandungi tanda-tanda ilmu dan tunduk kepada Allah SWT,’wahyu’ pula menyatakan tanda-tanda ilmu dan kebesaran Allah SWT,sementara ‘manusia’ pela berfungsi sebagai peneroka dan pengkaji tanda2 tersebut melalui alam sejagat untuk menghasilkan apa yang dinamakan ‘ilmu’.

Sebagai kesimpulannya,2 matlamat utama menuntut ilmu ialah:

1)Untuk mrmbuktikan kekuasaan Allah SWT sebagai Maha pencipta.Sebagai hamba Allah SWT,sewajarnya kita sebagai penuntut ilmu wajib mempelajari ilmu yang mengarah kepada tujuan meneguhkan iman dan kepercayaan kepada Allah SWT.Ilmu tauhid adalah ilmu yang membahaskan iman manusia terhadap Allah SWT.Maka mempelajarinya adalah bertujuan membuktikan kekuasaan Alah SWT.Oleh kerana akal fikiran itu juga dianugerahkan oleh Allah SWT kepada manusia,maka tujuan utamanya adalahsupaya manusia menggunakan akal fikirannya untuk memikir dan mempelajari tentang diri dan alam sekitar supaya mengenali Allah SWT.

2)Untuk mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan hidup manusia dan alam.Tanpailmu pengetahuan,manusia tidak ubah seperti makhluk-makhluk lain di dunia.Kebahagiaan manusia samaada di dunia mahupun di akhirat adalah bertitik-tolak dari ilmu pengetahuan sementara kebahagiaan alam sekitar,tumbuhan,haiwan dan seumpamanya harus ditadbir oleh manusia yang berilmu pengetahuan.Sekiranya manusia tanpa ilmu pengetahuan dan tanpa taraf pemikiran sebagaimana manusia yang sempurna yang mentadbir alam ini, maka, alam akan binasa dan segala isi di dalamnya juga akan teraniaya.Oleh kerana manusia dan alam tidak boleh dipisahkan, maka,manusia adalah dituntut untuk menuntut ilmu pengetahuan supaya kebahagiaan hidup dapat dicapai.

jadi,perbaikilah niat kita dalam menuntut ilmu..

hari ini dalam sejarah

listen through the lyrics

kerana ALLAH sentiasa bersamamu

kerana  ALLAH sentiasa bersamamu