Hidupnya Jiwa Adalah Kerana ILMU, Maka Rebutlah ILMU, Matinya Jiwa Adalah Kerana Kejahilan, Maka,Hindarilah Kejahilan. Biar Zaman Berubah, Tetapi Hati Jangan Goyah, Silakan Masa Berganti, Tetapi Keyakinan Jangan Mati, Ia adalah Intan Paling Mahal, Berharga dan Permata Penyeri Jiwa. Jaga Iman Kukuhkan Hati Demi Islam yang Hakiki...

Sabtu, Oktober 27, 2007

selamat tinggal malaysia...

that's it.the day is coming...3 bulan bersama family sudah cukup kuat untuk mengeraskan hati ari pulang kembali ke medan perjuangan nun jauh di tanah tinggalan Firaun Laknatullah.masa yang berlalu memang sejak azali dirasakan berlalu amat laju..mama abah, adik2,keluarga,tanah air tercinta perlu ditinggalkan lagi.semuanya hanya demi menunaikan harapan,impian dan cita2 yang hadir secara tiba2.itulah hakikatnya.walau sekeras mana sekeping hati,hati ini juga yang kan membawa sepasang kaki terus melangkah bersama gugusan semangat yang hadir tika di sini.semoga gugusan2 ini cukup untuk meneruskan hidup sebagai pencari ilmu yang berjaya di dalam pencariannya buat thn terakhir ini...semoga keputusan untuk pulang julai lalu tiada ruginya.tidak..sememangnya tidak..

sebelum kaki melangkah pergi,semoga perjalanan kali ini selamat sepertimana yang sebelumnya.semoga pemergian kali ini membawa kejayaan yang lebih baik dari tahun yang sebelumnya.dan semoga doa-doa dari insan-insan tersayang mengiringi lagi kali ini...

salam buat semua....doakan ayong berjaya...

Isnin, Oktober 08, 2007

mirwana-ku hadir padaMU

ayong tak pernah lagi dengar nasyid ni,tapi,lirik dia seronok jugak baca...

Izzat:
Tuhanku…daku hadir..daku pasrah…
Mengenangkan diri ini yang penuh dosa..
Tuhanku…ku sedari…
Namun kealpaan menyelubungi
Lantas ku sujud menyerah padaMu
Agar disirami cahya kasihMu…

C/O:
Dikaulah harapanku
Dikaulah kekasihku
Dikaulah segalanya
Tempat ku mengadu..ku hadir padaMu…

Faizal:
Tuhanku…Kau pengasih…Kau pemurah…
Mengurniakan daku rahmat dan kasihMu
Sungguh aku tak layak untuk SyurgaMu
Namun tak pula sanggup untuk ke NerakaMu
Kerna itu ku sujud menyerah padaMu
Agar disirami cahya kasih

Dikaulah harapanku
Dikaulah kekasihku
Dikaulah segalanya
Tempat ku mengadu..ku hadir padaMu…

Faizal:
Tuhan selangkah ku rapat kepadaMu
Seribu langkah kau padaku
Ku tahu pengampunanMu melangit tinggi
Engkaulah…engkaulah….ooo…

Dikaulah harapanku
Dikaulah kekasihku
Dikaulah segalanya
Tempat ku mengadu..ku hadir padaMu…

Ahad, Oktober 07, 2007

abah bercerita lagi...

hari ni,mama off duty..sebab,abah mengishtiharkan cuti umum.hehehe.jadi, harini,ayong ngan alah(my only sister) pun dapat kredit yang same dgn mama..(walaupun sebenarnye mama yang banyak buat kerja..(ngaku,jgn tak ngaku...)hihihi..arini berbuka kat lua..jd, dapur pun tak berasaplah..then,terus ke putrajaya..terawih kat sane..on the way pergi,oleh kerana dahpun jam 6.24,semua senyap penuh sabar menunggu sampai ke destinasi..abah ngan ma pun takde topik untuk diutarakan pada kami bertiga dek kerana masing-masing risau tak sempat jumpa tempat untuk berbuka.jalan punye jalan,akhirnya,jumpe jugak..syukurlah,we finally sempat sampai 20 mnt sebelum azan maghrib berkumandang..after berbuka, after solat maghrib,n after ke putrajaya untuk isyak dan terawih,kami pun berangkat pulang..on the way home,abah pun memulakan ceritanya untuk anak-anaknya ni..

"yong...(abah kate).kita ni,kalau dekat tempat orang,jangan buat macam dekat tempat kita sendiri..nak buat ape-ape sekalipun,mintak izin..ye kaklah, ye dikyan...walaupun dengan adik bradik..nak guna barang-barang pun,mintak,tanye, jangan guna je..."
pastu, ayong tanyelah abah "bah, kalo adik ngan abang camne?"
abah kate lagi "pun kene mintak izin..nak guna kasut,baju, handphone, ape-apelah, kene mintak dulu...jangan main sauk je, jgn main guna je.."
pastu ayong jawabla "eh,yeke?bukan ke adik bradik?"
abah kate lagi "adik bradik pun..."
ayong pulak kate "la, yeke..."
(tapi dlm hati ayong,rase mcmtak best je kalo cmtu..tapi betul jugak kate abah tu.manela tau,kalo adik bradik pun, disebabkan benda-benda yang berkaitan dgn brg2 ni boleh jadi gaduh besar,tak elok jugak.kan.hmmmmmm..ayong setuju,ayong setuju.betullah kate abah tu..tapi, ayong ngan lah, open je..kan lah kan..we r sisters...kikiki.(yelatu...alah kate).
then suddenly mama tanye "ayah ngan anak takpe kan..."
ayong pun sambut "a'ahkan bah..bukan ke ade hadith ke ayat quran yang kate harta anak tu kan harta ayahnye juge..?"
pastu abah kate pulak"memangla...tapi certain-certain benda je.takla semua.."
ayong kate lagi "betulke bah?bukan semue benda ke takpe kalo ayah nak,takyah mintak kat anak die?"
abah jawab "certain-certain je...tak semue..."
and then the topic end just like that..

the moral of this cerita...mintak izin tu kan salah satu perkara yang elok untuk dipraktikkan..walaupun,kita adalah antara orang yang terrrrapat dengan seseorang itu..adik beradik ke, kawan rapat ke, sesiape sajelah.yang penting,mintak izin..kalau tidak,andai terjadi ape-ape, kan susah..untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini seperti pergaduhan atau yang sewaktu dengannya daripada berlaku, eloklah kita mengambil langkah berjaga-jaga..itukan lebih baik..

Sabtu, Oktober 06, 2007

Menyambut lebaran sepertimana Rasulullah saw.

Dari sehari ke sehari,aidilfitri kian menjelang..kita sekarang dahpun dalam 8 malam yang terakhir ramadhan..dah dekat nak raya ni..perasan pun bercampur baur..seronok sebab hariraya,hari kejayaan bagi umat Islam dah nak kunjung tiba,tapi, dalam masa yang sama,sedih sebab ramadhan dah sampai ke penghujungnya..rasenye mcm banyak yang ayong tak buat puasa kali ni..banyak kurangnya..hmmm rugikan..semoga teman-teman lain tidak serugi ayong…bagi yang rasa diri tu sentiasa ‘free’,gunalah masa yang ada ni sebaiknya..

Sementelah ayong sempat online sekejap ni,ayong nak share pasal aidilfitrila pulak dalam post kali ni..bukan nak cerita psl seronoknye aidilfitri,bukan juga nak ceritekan betape meriahnya aidilfitri di Malaysia ni..tapi….jeng jeng jeng (xsesuai soundtrack nye…kan)…
“macammana nak sambut aidilfitri sebagaimana Nabi saw Junjungan kita menyambutnya….”

Hmmm sajeje nak menaikkan semangat ayong sendiri untuk membaca post ini di lain kali..kalau taip/tulis seriously,rase macam nak baca pun berat,tak seronok..jadi, kita slow n steady je..ok, terus kepada tajuk ayong tadi,meh kita sama-sama hayati,koreksi n renungi kembali amalan-amalan sunnah Rasulullah saw di dalam menyambut aidilfitri…

Awwalan-BERTAKBIR.Allah swt telah berfirman di dalam kitabNya yang bermaksud: “Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan ramadhan) dan supaya kamu membesarkan Allah swt (dengan bertakbir) kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.Menurut Syeikh al-islam Ibnu Taimiyah,jangka masa sebenar takbir hari raya aidilfitri ialah apabila hilal(anak bulan) mula kelihatan dan berakhir dengan selesainya aidilfitri iaitu selepas imam selesai membaca khutbah.

Thaniyan-MANDI DI PAGI RAYA.Disunatkan mandi di pagi hari raya iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat mengerjakan solat hari raya.Cara-cara untuk mandi sunat di pagi hari raya adalah sama seperti cara-cara mandi wajib (janabah)

Thalisan-MAKAN SEBELUM SOLAT AIDILFITRI.Disunatkan juga menjamah makanan sebelum berangkat mengerjakan solat sunat hariraya.Tujuanya adalah untuk menutup segala andaian bahawasanya kita dibenarkan berpuasa pada hari itu..sepertimana Rasulullah saw,Baginda makan kurama dalam jumlah yang ganjil di pagi hari raya.menurut sepotong hadis dari Anas bin Malik ra dia berkata: “Rasulullah saw tidak pergi ke (musolla) pada pagi hari raya sehinggalah Baginda makan beberapa buah kurma”

Rabi’an-MEMAKAI PAKAIAN YANG INDAH.Umat islam juga disunatkan menghiaskan diri dengan memakai pakaian baru dan cantik pada hari raya.Berkata Imam As-Syafie : saya lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dia miliki pada hari raya iaitu pada hari Jumaat,dua hari raya(aidilftri dan aidiladha) dan di tempat2 keramaian.Hendaklah dia memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.(ringkasan dari kitab Al-Umm,jilid 1,ms 327)

Khomisan-BERJALAN KAKI MENUJU KE TEMPAT SOLAT SUNAT AIDILFITRI.Kita dianjurkan untuk berjalan kaki menuju ke tempat solat sekiranya tidak memberatkan.Telah diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib ra “termasuk sunnah,iaitu engkau berjalan kaki menuju tempat solat hariraya dan memakan sesuatu sebelum berangkat.(hadis riwayat Imam al-Tarmidzi)

Sadisan.MENGIKUTI JALAN YANG BERBEZA KETIKA PERGI DAN PULANG SOLAT AIDILFITRI.Adalah disunatkan mengikuti jalan yang berbeza ketika perjalanan pergi dan pulan dari mengerjakan solat Aidilfitri.Terdapat sepotong hadis yang daripada Jabir bin Abdullah ra berkata :”Nabi saw mengkuti jalan yang berbeza pada hariraya” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Sabi’an-MENGERJAKAN SOLAT HARI RAYA DI ‘MUSOLLA’.Di Malaysia,amalan mengerjakan solat hariraya di ‘musolla’ hamper tidak dilakukan berbanding dengan Negara di Timur tengah contohnya seperti Mesir.Kerana, kebiasaaanya dan sudahpun menjadi kemestian bahawasanya solat dilakukan di masjid-masjid yang ada berbanding di Mesir yang solat-solat hariraya turut dilakukan di ‘musolla’ di samping turut dikerjakan di masjid-masjid yang ada.Pada pandangan ayong sendiri, menurut apa yang ayong sendiri faham, ‘musolla’ itu bermaksud surau,atau tempat solat .jadi, apa bezanya ‘musolla’ dan masjid??

Menurut tokoh agama al-Hafidz Ibnu Hajar Al-Asqalani,’musolla’ bermaksud berada di tempat terbuka (seperti padang) sehingga khatib dapat melihat semua hadirin sedangkan masjid adalah sebuah bangunan yan tertutup.Disebutkan juga bahawa solat hariraya disunatkan dilakukan di ‘musolla’ dan tidak di masjid melainkan dalam keadaan darurat seperti hujan,angin kencang dan sebagainya..

Dalil yang menunjukkan disunatkan untuk mengerjakan solat sunat aidilfitri di ‘musolla’ ialah sebuah hadis dari Abu Sa’id al-Khudri ra yang berkata:”pada hari Aidilfii dan Aidiladha,Rsulullah keluar menuju ‘musolla.Ketika itu perkara pertama yang Baginda lakukan ialah solat hariraya”(hadis riwayat Imam al-Bukhari no:956)

Saminan-MENUNAIKAN ZAKAT FITRAH.Zakat fitrah adalah zakat yang diwajibkan keatas seluruh umat islam yang merdeka,kanak-kanak mahupun dewasa, lelaki mhupun wanita..Zakat fitrah ini dilakukan sepanjang bulan ramadhan, namun lebih afdhal sekiranya dilewatkan pada akhir ramadhan.

Rasulullah saw mewajibkan zakat fitrah satu sha’ 2.5/3kg kurma atau sha’ syair atas kanak-kanak, orang merdeka,lelaki, wanita,anak-anak dan orang tua di antaka kaum muslimin dan baginda memerintahkan agar (zakat tersebut) dikeluarkan sebelum umat islam keluar untuk solat aidilfitri (hadis riwayat al-Bukhari,kitab al-Zakat, no:1503)

Diantara hikmah disyariatkan zakat fitrah ini ialah untuk membersihkan mereka yang berpuasa daripada segala perkara yang menyebabkan ibadahnya kurang sempurna.selain daripada itu, ia juga bertujuan untu meringankan beban orang miskin ketika menyambut aidilfitri..secara tidak lansung membolehkan mereka turut merasai kemeriahan yang sama sepertimana orang lain di aidilfitri…

Hmmm,sekian sahaja untuk kali ini….semoga entry kali ni sedikit sebanyak mengingatkan kita untuk menghidupkan sunnah Nabi Muhammad saw ,junjungan kita di hari penuh kebesaran untuk kita, seluruh umat islam di 1 syawal nanti…..sekian saje dari ayong,dan buat semua,selamat mengisi 7 malam terakhir ramadhan…pesan untuk semua dan untuk diri ayong jugak, perbanyakkanlah amal,semoga kita bertemu lailatulqadar…..amin.

Khamis, Oktober 04, 2007

andai ini ramadhan terakhir..

assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh...ramadhan dahpun menuju ke malam-malam terakhirnya...sempat lagi ayong rase untuk post entry pasal ramadhan..artikel ni ayong dapat dr teman beberapa hari lepas...elok jugak ayong fikir untuk dikongsi bersama..lagipun,ayong sendiri tengah kekeringan idea untuk menulis sekarang ni...tambahan pulak,minit-minit terakhir ni ayong nak gunakan sepenuhnya dengan family..lagipun,dibulan-bulan puasa ni rasanya masih banyak agenda lain yang nak didahulukan..khas ditujukan buat semua>>>>>>>>> renungkanlah..sebelum tu, syukran buat ibnurani..

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

akhir kata,tidak ayong,tidak kita semua yang akan tahu,inikah ramadhan terakhir buat kita..marilah kita bersama-sama menjadikan ramadhan kali ni bagai ramadhan terakhir buat kita...

hari ini dalam sejarah

listen through the lyrics

kerana ALLAH sentiasa bersamamu

kerana  ALLAH sentiasa bersamamu