Dari sehari ke sehari,aidilfitri kian menjelang..kita sekarang dahpun dalam 8 malam yang terakhir ramadhan..dah dekat nak raya ni..perasan pun bercampur baur..seronok sebab hariraya,hari kejayaan bagi umat Islam dah nak kunjung tiba,tapi, dalam masa yang sama,sedih sebab ramadhan dah sampai ke penghujungnya..rasenye mcm banyak yang ayong tak buat puasa kali ni..banyak kurangnya..hmmm rugikan..semoga teman-teman lain tidak serugi ayong…bagi yang rasa diri tu sentiasa ‘free’,gunalah masa yang ada ni sebaiknya..
Sementelah ayong sempat online sekejap ni,ayong nak share pasal aidilfitrila pulak dalam post kali ni..bukan nak cerita psl seronoknye aidilfitri,bukan juga nak ceritekan betape meriahnya aidilfitri di Malaysia ni..tapi….jeng jeng jeng (xsesuai soundtrack nye…kan)…
“macammana nak sambut aidilfitri sebagaimana Nabi saw Junjungan kita menyambutnya….”
Hmmm sajeje nak menaikkan semangat ayong sendiri untuk membaca post ini di lain kali..kalau taip/tulis seriously,rase macam nak baca pun berat,tak seronok..jadi, kita slow n steady je..ok, terus kepada tajuk ayong tadi,meh kita sama-sama hayati,koreksi n renungi kembali amalan-amalan sunnah Rasulullah saw di dalam menyambut aidilfitri…
Awwalan-BERTAKBIR.Allah swt telah berfirman di dalam kitabNya yang bermaksud: “Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan ramadhan) dan supaya kamu membesarkan Allah swt (dengan bertakbir) kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.Menurut Syeikh al-islam Ibnu Taimiyah,jangka masa sebenar takbir hari raya aidilfitri ialah apabila hilal(anak bulan) mula kelihatan dan berakhir dengan selesainya aidilfitri iaitu selepas imam selesai membaca khutbah.
Thaniyan-MANDI DI PAGI RAYA.Disunatkan mandi di pagi hari raya iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat mengerjakan solat hari raya.Cara-cara untuk mandi sunat di pagi hari raya adalah sama seperti cara-cara mandi wajib (janabah)
Thalisan-MAKAN SEBELUM SOLAT AIDILFITRI.Disunatkan juga menjamah makanan sebelum berangkat mengerjakan solat sunat hariraya.Tujuanya adalah untuk menutup segala andaian bahawasanya kita dibenarkan berpuasa pada hari itu..sepertimana Rasulullah saw,Baginda makan kurama dalam jumlah yang ganjil di pagi hari raya.menurut sepotong hadis dari Anas bin Malik ra dia berkata: “Rasulullah saw tidak pergi ke (musolla) pada pagi hari raya sehinggalah Baginda makan beberapa buah kurma”
Rabi’an-MEMAKAI PAKAIAN YANG INDAH.Umat islam juga disunatkan menghiaskan diri dengan memakai pakaian baru dan cantik pada hari raya.Berkata Imam As-Syafie : saya lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dia miliki pada hari raya iaitu pada hari Jumaat,dua hari raya(aidilftri dan aidiladha) dan di tempat2 keramaian.Hendaklah dia memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.(ringkasan dari kitab Al-Umm,jilid 1,ms 327)
Khomisan-BERJALAN KAKI MENUJU KE TEMPAT SOLAT SUNAT AIDILFITRI.Kita dianjurkan untuk berjalan kaki menuju ke tempat solat sekiranya tidak memberatkan.Telah diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib ra “termasuk sunnah,iaitu engkau berjalan kaki menuju tempat solat hariraya dan memakan sesuatu sebelum berangkat.(hadis riwayat Imam al-Tarmidzi)
Sadisan.MENGIKUTI JALAN YANG BERBEZA KETIKA PERGI DAN PULANG SOLAT AIDILFITRI.Adalah disunatkan mengikuti jalan yang berbeza ketika perjalanan pergi dan pulan dari mengerjakan solat Aidilfitri.Terdapat sepotong hadis yang daripada Jabir bin Abdullah ra berkata :”Nabi saw mengkuti jalan yang berbeza pada hariraya” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Sabi’an-MENGERJAKAN SOLAT HARI RAYA DI ‘MUSOLLA’.Di Malaysia,amalan mengerjakan solat hariraya di ‘musolla’ hamper tidak dilakukan berbanding dengan Negara di Timur tengah contohnya seperti Mesir.Kerana, kebiasaaanya dan sudahpun menjadi kemestian bahawasanya solat dilakukan di masjid-masjid yang ada berbanding di Mesir yang solat-solat hariraya turut dilakukan di ‘musolla’ di samping turut dikerjakan di masjid-masjid yang ada.Pada pandangan ayong sendiri, menurut apa yang ayong sendiri faham, ‘musolla’ itu bermaksud surau,atau tempat solat .jadi, apa bezanya ‘musolla’ dan masjid??
Menurut tokoh agama al-Hafidz Ibnu Hajar Al-Asqalani,’musolla’ bermaksud berada di tempat terbuka (seperti padang) sehingga khatib dapat melihat semua hadirin sedangkan masjid adalah sebuah bangunan yan tertutup.Disebutkan juga bahawa solat hariraya disunatkan dilakukan di ‘musolla’ dan tidak di masjid melainkan dalam keadaan darurat seperti hujan,angin kencang dan sebagainya..
Dalil yang menunjukkan disunatkan untuk mengerjakan solat sunat aidilfitri di ‘musolla’ ialah sebuah hadis dari Abu Sa’id al-Khudri ra yang berkata:”pada hari Aidilfii dan Aidiladha,Rsulullah keluar menuju ‘musolla.Ketika itu perkara pertama yang Baginda lakukan ialah solat hariraya”(hadis riwayat Imam al-Bukhari no:956)
Saminan-MENUNAIKAN ZAKAT FITRAH.Zakat fitrah adalah zakat yang diwajibkan keatas seluruh umat islam yang merdeka,kanak-kanak mahupun dewasa, lelaki mhupun wanita..Zakat fitrah ini dilakukan sepanjang bulan ramadhan, namun lebih afdhal sekiranya dilewatkan pada akhir ramadhan.
Rasulullah saw mewajibkan zakat fitrah satu sha’ 2.5/3kg kurma atau sha’ syair atas kanak-kanak, orang merdeka,lelaki, wanita,anak-anak dan orang tua di antaka kaum muslimin dan baginda memerintahkan agar (zakat tersebut) dikeluarkan sebelum umat islam keluar untuk solat aidilfitri (hadis riwayat al-Bukhari,kitab al-Zakat, no:1503)
Diantara hikmah disyariatkan zakat fitrah ini ialah untuk membersihkan mereka yang berpuasa daripada segala perkara yang menyebabkan ibadahnya kurang sempurna.selain daripada itu, ia juga bertujuan untu meringankan beban orang miskin ketika menyambut aidilfitri..secara tidak lansung membolehkan mereka turut merasai kemeriahan yang sama sepertimana orang lain di aidilfitri…
Hmmm,sekian sahaja untuk kali ini….semoga entry kali ni sedikit sebanyak mengingatkan kita untuk menghidupkan sunnah Nabi Muhammad saw ,junjungan kita di hari penuh kebesaran untuk kita, seluruh umat islam di 1 syawal nanti…..sekian saje dari ayong,dan buat semua,selamat mengisi 7 malam terakhir ramadhan…pesan untuk semua dan untuk diri ayong jugak, perbanyakkanlah amal,semoga kita bertemu lailatulqadar…..amin.
Sabtu, Oktober 06, 2007
Menyambut lebaran sepertimana Rasulullah saw.
Dicatat oleh ayongsiti di 10/06/2007 03:13:00 PTG
Label: ilmiah