Hidupnya Jiwa Adalah Kerana ILMU, Maka Rebutlah ILMU, Matinya Jiwa Adalah Kerana Kejahilan, Maka,Hindarilah Kejahilan. Biar Zaman Berubah, Tetapi Hati Jangan Goyah, Silakan Masa Berganti, Tetapi Keyakinan Jangan Mati, Ia adalah Intan Paling Mahal, Berharga dan Permata Penyeri Jiwa. Jaga Iman Kukuhkan Hati Demi Islam yang Hakiki...

Isnin, Disember 24, 2007

hidup ini takkan selamanya indah..



hidup ini indah,
namun hakikat kehidupan bukan selamanya indah,
bukan sentiasa meriah.
adakala kita terpaksa menghadapi apa yang tak ingin kita hadapi.
Semua orang ingin mengecapi bahagia,
ceria sepanjang masa
dan semua orang kalau boleh tidak mahu dilanda duka.
hidup ini indah,
hidup ini mudah
kalau kita tahu siapa kita,
kita tahu tujuan kita,
kita tahu apa yang kita cari dan kemana akhirnya kita ini akan kembali.
mensyukuri segala nikmat kehidupan adalah salah satu cara intuk menyedari siapa diri kita.
hidup ini mudah
bukan dengan hanya menadah,
menanti yang pipih datang melayang,
menunggu yang bulat bergolek.
itu bukan hidup yang mudah tapi MALAS!
salah satu cara menyelasaikan masalah ialah jangan dimulai dengan mempersoalkan bagaimana masalah itu terjadi,tetapi mulakan dengan bagaimana masalah itu dapat diselesaikan.
percayalah pada diri sendiri,dengan begitu kita akan mampu melakukan banyak perkara,melebihi dari apa yang dijangkakan....

hidup ini takkan selamanya indah..
tapi..
hidup ini juga takkan selamanya diulit resah..

hari ini dalam sejarah

listen through the lyrics

kerana ALLAH sentiasa bersamamu

kerana  ALLAH sentiasa bersamamu