Hidupnya Jiwa Adalah Kerana ILMU, Maka Rebutlah ILMU, Matinya Jiwa Adalah Kerana Kejahilan, Maka,Hindarilah Kejahilan. Biar Zaman Berubah, Tetapi Hati Jangan Goyah, Silakan Masa Berganti, Tetapi Keyakinan Jangan Mati, Ia adalah Intan Paling Mahal, Berharga dan Permata Penyeri Jiwa. Jaga Iman Kukuhkan Hati Demi Islam yang Hakiki...

Isnin, Januari 28, 2008

meaningful poem

Hidup….
Tidak selalunya dihiasi dengan yg indah dan manis...

Warnanya…..
tidak jua selalu ceria dan cantik.....
kadang-kadang tu ada juga warna suram mewarnai kehidupan….tak kurang juga warna-warna ceria yg pastinya sentiasa jadi dambaan….

Jika Diberi pilihan,
pastinya yg ceria,
indah dan manis-manis saja jadi pilihan,
hinggakan terkadang terlupa pada janji pencipta… yang satu itu...
hidup manusia perlu diuji…..
perlu ada pelbagai warna…perlu ada pelbagai rasa…

Warna ceria….pastinya membahagiakan……
bisa membuat hati tersenyum…..manis sekali…
terasa tak ingin membiarkannya berlalu pergi….

Warna suram…..ingin lari jauh darinya…..
hadirnya kadangkala mengundang resah,
tak kurang juga kadangkala mengundang gerimis dihati….
Warna ceria…warna suram….
biarlah ia singgah disini….mewarnai kanvas kehidupan….
masakan lukisan ini hanya satu warna sahaja…
biarlah warna-warna ceria dan
suram ini saling mewarnai hidup ini….
kitalah yg
di amanahkan utk mengatur warna-warna ini sebaiknya…
agar jalinan warna pelbagai rasa gembira, sedih, bahagia, sengsara, sakit, lapang, duka dan sebagainya ini menjadi satu lukisan hidup yg
cukup menarik dan indah utk disimpan,
apatah lagi utk ditatap dan dikenang dikemudian hari..….

thanks to the very loving sis.
and thanks to the very lucky adik for this poem...
sharing is better rite..

hari ini dalam sejarah

listen through the lyrics

kerana ALLAH sentiasa bersamamu

kerana  ALLAH sentiasa bersamamu