Hai mulut,
Tolong jangan sukakan ketawa
Bukan apa
Nanti terlupa
Pada tangis pedih saudara Palestin
Pada jerit ngeri saudara Chechnya
Pada rintih sayu saudara Afghanistán
Hai perut,
Tolong jangan sukakan kenyang
Bukan apa
Nanti terlupa
Pada perit lapar anak-anak Somalia
Pada pahit derita anak-anak Bosnia
Pada jerih seksa anak-anak Sudan
Hai tangan,
Tolong jangan sukakan yang sia-sia
Bukan apa
Nanti terlupa
Pada pedih berdarah penjara Mesir
Pada letih terikat mujahid India
Pada deras mengalir darah Iraq
Bila mulut, perut, dan tangan
Mula larut dalam hiburan
Mula rapuh hubungan Tuhan
Mula sesat hilang tujuan
Kasihan...
Khamis, April 17, 2008
buat yang teristimewa : binti Muhammad Khairi
Dicatat oleh ayongsiti di 4/17/2008 06:40:00 PG
Label: tintaku menari