sedar tak sedar...genaplah 5 hari dah kita berpuasa..rasa macam baru 3 hari,rupanya dah 5 hari pun menahan lapar dahaga..dah 5 hari juga kita mengejar pahala sunat bersahur,dan 5 hari juga kita mengumpul pahala bertarawikh.
bagi sesetengah orang tu, mungkin juga di bulan ramadhan ni perangai buruknya diganti dengan yang baik-baik..
dari ber- T-shirt,berubah ke baju kurung...
dari berkebaya ketat,berubah ke berbaju longgar..
dari free hair,berubah bertudung..
dari yang gemar merokok,ke tidak merokok lansung..
dari yang asyik bergayut bersama 'yg tersayang'(in bracket),ke hanya sms sekali shj..
dari melepak x tentu hala,berubah duduk di rumah bersama keluarga..
dari yang kuat tidur,berubah sentiasa bangun beribadah di sepertiga malam..
dari jarang-jarang membaca Al-Quran,berusaha mengkhatamkan 2/3 kali spnjg ramadhan..
dari yang jarang ke masjid,sentiasa menjadi tetamu tetap di Rumah Allah 5 waktu sehari semalam..
dari yang jarang solat sunat,kepada yang sentiasa berusaha melakukan yang sunat..
pendek kata,
dari yang buruk kepada yang baiklah!
hmmmm..begitulah hakikatnya di bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan ni.masing - masing mengejar untuk melakukan kebaikan dibulan ini.
anda bagaimana????sekiranya anda tergolong di dalam golongan seperti yang di atas, TAHNIAH.....berubahlah sebelum terlambat..bertaubatlah sebelum terlewat..
cuma, lakukanlah kerana ALLAH SWT,bukan hanya kerana kita perlu menghormati bulan RAmadhan sahaja.
"kun RABBANIYYIN,wala takun RAMADHANIYYIN"jadilah kamu orang taat kerana Allah...dab jangan kamu menjadi orang yang taat kerana Ramadhan..
Jumaat, September 05, 2008
kun RABBANIYYIN,wala takun RAMADHANIYYIN...
Dicatat oleh ayongsiti di 9/05/2008 04:18:00 PTG
Label: tintaku menari