Mati itu pasti..hakikat yang diketahui oleh semua orang.sesihat mana,segagah mana pun individu itu..mati kan tetap menjemputnya nanti.bila, di mana,kerana apa,tiada yang akan tahu.yang pasti, mati itu pasti...
Di madrasah bermula jam 715 sehingga jam 900 pagi td,ayong bersyukur,mata tidak dijengah mengantuk.kalau tidak,rugi besar..kelas Ust Hairul yang dah pun hampir dua minggu berjalan baru ayong berpeluang ikut hari ini!rugi....memang rugi..asyan fil Qaherah...mencari guru di sana.tanpa disedari,rupanya tertinggal pengajian guru di sini..apakan daya,jasad tidak mampu dibelah dua.1 untuk memahami kitab kuliah, dan 1 lagi untuk menambah ilmu buat diri.Jadi,ayong pilih yang pertamanya..
pengajian kitab khasyiyatan tadi diselit2 dan diisi dengan ilmu2 sampingan..bak kata ustaz,kita bukan belajar apa yang diterangkan kitab ini sahaja, bahkan, kita akan belajar, segala apa yang terdapat kaitan dengannya..(inilah lebih kurang maksud ayat ustaz).
salah satu penerangan ustaz tadi,mengenai bab kubur...kata ustaz,pernah dia ke tanah perkuburan wafidin dan wafidat (pelajar-pelajar selain mesir khususnya Malaysia) di kaherah.dipendekkan cerita, salah satu dari mayat akhawat masih lagi seperti bentuk yang asal.sedangkan,kali terakhir mayat akhawat yang dikebumikan disitu adalah pada 2 tahun yang lepas!bila ditanya pada arab,mereka mengatakan yang pada kebiasaannya,mayat hanya mengambil masa antara 2-3 bulan sahaja untuk reput..aneh bukan...hmmm..alangkah beruntungnya jasad itu..
teringatkan cerita ustaz mengenai perkara ini pagi tadi,ayong terpanggil untuk mencari artikel mengenainya..jadi, buat semua......tak teringin ke nak mendapat penghormatan sebegini rupa dari Allah SWT?
renung2kan lah....semoga kita tergolong dari kalangan hambaNya yang diredhai...
Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba- hamba Ku.
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:
1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hanba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga. Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."
rujukan :
1)http://fauzynm.e-belia.net/Nasihat/Nasihat374/nasihat374.html
Isnin, Mac 17, 2008
10 orang yang jasadnya tidak reput dan tidak busuk.
Dicatat oleh ayongsiti di 3/17/2008 03:12:00 PG
Label: ilmiah, tintaku menari