*kita tak perlukan supporter untuk berjaya.
*kita tak perlukan orang lain untuk sokong @ push kita untuk kita capai kejayaan
*sebabnya,hanya diri kita sendiri yang boleh capai kejayaan tu.
*sepertimana ibubapa.mereka hanya mengharap anak2 mereka berjaya, tetapi anak2 tu sendiri yang boleh capai kejayaan mereka sendiri.
iyeke?????hmmm,terpulanglah pada diri masing2...
buat yang rasa sokongan n galakan dari orang lain juga penting untuk capai sesuatu kejayaan tu...pastilah takkan setuju dengan kenyataan ni.kan..macam ayonglah..i need it.really need it.
buat yang tidak tu...tidaklah...
*jangan takut dengan kejian,kerana kita takkan mati dek keji..
*jangan gembira dengan pujian, kerana pujian itu yang akan memusnahkan..
these two quotes,,ayong setuju sangat2..
sebanyak mana pun orang keji,caci kita, usahla bimbang...kita takkan mati dek keji..
tapi, berhati-hatilah dengan pujian..
Isnin, Ogos 25, 2008
need supporter to be successful??
Dicatat oleh ayongsiti di 8/25/2008 06:48:00 PTG
Label: tintaku menari
RAHMAT @ ISTIDRAJ ?
ada orang yang yang berjaya itu sifatnya baik,berakhlak mulia,menghormati orang lain,menjaga maruah diri dan mempunyai segala sifat2 mahmudah yang lain di dalam dirinya..
ada pula orang yang berjaya itu bersifat buruk, berperangai jahat, melanggar perintah Allah,memiliki sifat2 mazmumah dan jelas terpancar pada dirinya bahawasanya dia seorang yang kurang baik, jahat dan sebagainya.
kedua-duanya berjaya.diberikan kejayaan.
itulah persamaan antara keduanya.
adilkah begitu????
bukan adil atau tidak yang patut dipersoalkan...tetapi,perhatikanlah kerana nyata perbezaan pada keduanya..
kerana yang pertama itu,kejayaannya adalah RAHMAT dari yang ESA kerana kemuliannya dirinya manakala yang kedua itu adalah ISTIDRAJ,iaitu pemberian dari ALLAH atas dasar kebencian,dan pemberian dalam keadaan marah dariNYA.
maka renungilah diri kita di bahagian yang mana...
adakah berjaya kita kerana RAHMAT dari ALLAH
atau....
adakah berjaya kita kerana ia adalah sekadar ISTIDRAJ sahaja.
Dicatat oleh ayongsiti di 8/25/2008 02:28:00 PTG
Label: tintaku menari
salam ramadhan
CommentEstate.com: Click Here To Get One
Naruto Wallpaper - Chicken Recipes - Funny Stuff - Computer Geeks
Dicatat oleh ayongsiti di 8/25/2008 02:13:00 PTG
Khamis, Ogos 14, 2008
cerita di sebalik melambatkan solat
forward msg dr seorang sahabat di friendster.
thanks to zinniera.
Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea
Jika berpuasa
Amalan kita
direct terus padaNya
Tapi
Jika bersembahyang
Ada posmen pula Untuk hantar amalan kita padaNya
Kisahnya…..
Setiap kita ada malaikat
Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita Pada Ilahi
Untuk sampaikan amalan kita
Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit
Dimana setiap penjaga tol,
Kroni malaikat juga
Jika sembahyang di awal waktu
Tolnya "free"
Sekatan tol tiada
Tiada "jem"
Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan
Untuk dinilaikan
Tapi
Jika sembahyang di akhir waktu
Tol free juga
Tapi sekatannya
MasyaAllah….
Di langit pertama,
Penjaga tol marahkan posmen kita
Kenapa lewat poskan amalan kita
Merayu-rayu posmen malaikat kita
Minta diberi laluan
Tetapi… penjaga langit pertama
Tidak heran
Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi
Maka..
Jatuh berderai…
Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita
Satu persatu dikutip
Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua
Dilangit kedua,
Samalah juga,
Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan
Merayu lagi posmen kita
Tak dipedulinya
Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi
Jatuh berderai lagi..
Dikutip satu persatu amalan kita
Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan
Dilangit ketiga,
Kena basuh lagi malaikat posmen kita
Kenapa lewat hantar amalan tersebut
Tiada kompromi
Terus dibaling amalan kita
Jatuh berderai amalan kita
Tak ade nilai….
Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi
Maka..
Tak sampailah amalan kita kepada Allah
Seolah-olah kita tak sembahyang juga
Maka…
Bersedialah kita menerima pembalasannya
Tak di dunia di akhirat pula
Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak,
Ujian bertimpa-timpa
Ish….
Tak berbaloikan kita buat amal
Tapi tak sampai
Dahlah tu Tak de nilai
Kena azab lagi nanti
Ya Allah…
Ampunkan kami…
Kerana lalai…
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
Lagi Maha Penyayang
Jadikan hati kami
Suka sembahyang di awal waktu
Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan
Biarlah kami gawat di dunia
Agar kami tidak gawat lagi
Di hari akhirat kelak.
Amin.
sekadar untuk dikongsi bersama..renung-renungkanlah.
Dicatat oleh ayongsiti di 8/14/2008 10:27:00 PTG
Label: ilmiah
Rabu, Ogos 13, 2008
INTEGRITI...IKHLAS
thanks to radio ERA .
petang rabu,13 0gos 2008.
diolah dr kata2 Dato' Dr fadzilah Kamsah.
apa itu integriti
-keyakinan diri
-berusaha untuk mencapai segalanya sehingga selesai.
apa itu ikhlas
-seekor semut hitam,di atas seketul batu hitam,di waktu malam kelam.
WOW!!!!..definisi yang cukup untuk membuatkan ayong terhenti sejenak.
.....
.....
.....
.....
memang pun..takde sape blh tau dan cari dimanakah ikhlas.hatta keikhlasan diri kita sendiri pun kita takkan tau wujud atau tidak..
huhu..
semoga kita masing2 punya SEMUT HITAM DI ATAS BATU HITAM DI MALAM KELAM kita sendiri...
Dicatat oleh ayongsiti di 8/13/2008 07:49:00 PTG
Label: tintaku menari
Selasa, Ogos 12, 2008
utusan buat asatizah!
assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh......
hmmmmmm...ayong dah lame nak share cerita ni dengan bakal2 ustazah di luar sane.
kaifahalu kunna jamiii'an?
KEKURANGAN USTAZAH MAHIR BERBAHASA INGGERIS.
apa pendapat antunna semua dengan kenyataan ni?
pada ayong,ade benarnya..
selepas tersiarnya berita penentangan forum "memeluk islam" dalam berita beberapa hari lepas,muncul komen mengenai perkara ni.
ramai di antara masyarakat di luar sana terutamanya muallaf yang kurang jelas tentang agama Islam kerana masalah bahasa yang berbeza.
dinyatakan juga betapa perlunye ustazah2 mahir berbahasa antarabangsa itu untuk membantu menyampaikan dakwah pada muallaf2 yang kebanyakannya datang dari luar negara.hmmm,benarlah,memang itu perlu.
jadi, apa yang patut bakal2 ustazah lakukan???
fikirlah sejenak ye!
mungkin ada yang bakal menjadi satu antara beribu ustazah yang bukan sahaja mahir berbahasa ibunda,bahasa Al-Quran,malahan berbahasa yang digelar bahasa antarabangsa ini.agar niat utama dapat dicapai,semuanya untuk Islam,LILLAHITA'ALA.
********************TIDAK SEMESTINYA KEBERANIAN ITU TERTEGAK DENGAN PEDANG ATAU PARANG,MUNGKIN IA TERTEGAK DENGAN DAKWAH DAN NASIHAT***************************
Dicatat oleh ayongsiti di 8/12/2008 09:32:00 PTG
Label: isu semasa, tintaku menari
pinta mama
sobs
sobs
sobs..
its hurt.
this is not the first time mama asking me to do this.
kate mama,
"ayong nanti kalau mama dah takde,jage adik2...bahagi samarata ape2 barang mama ni same adik2..jgn buat2 tak tau plk kat diorang..yas,lah ngan yan tu adik2 ayong..ape2 nak buat dengan barang2 mama tu bincang ngan diorang...panggil.yas,lah,yan,meh dt ayong..ape kite nak buat dengan barang2 mama ni..tanyela diorang, kalau nak,amikla..kalau taknak, bagi dekat orang.."
ayong senyap je.sempat toleh mama kat seat driver.xsuke dengar semue ni sebenarnye.hate it soooo much.
x dapat ayong bayangkan ayong ngan adik2 tanpa mama.bukan tak percaya pada qada' qadar Allah, cume memang itu yang ayong fikir.
mama sambung lagi..
"tapi yong, ingat...pesan kat adik2...kalau nak bagi kat orang, tengok2la orang yang buat amal ibadat, jage solat..biarlah yang kaya pun, janji kalau dorang buat amal ibadat, lagi elok.jangan bagi pada orang yang tak tentu hala"
fuhhhh...dahlatu mama..gumam ayong dalam hati..
berat betul pesanan mama tu...bkn berat tuk ditunaikan, tapi berat tuk diterima telinga..
"harta ni,blh buat keluarga,adikbradik pecah belah..tu lah mama pesan awal2 ni.mama taknak ayong jadi mcmtu dengan adik2 nanti.jage dorang elok2.."
iye ma....iye..
ayong will...moge dengan doa mama,kitorang adik bradik takkan pecah belah semata2 kerana harta dunia..insyaALLAH...
ya ALLAH , bantu hambaMU.
Dicatat oleh ayongsiti di 8/12/2008 08:54:00 PTG
Label: tintaku menari
Jumaat, Ogos 08, 2008
lihat ke bawah.....
hmmmmmmm...a very good tajuk untuk di kongsi bersama...
orang zaman sekarang ni,x pernah rasa cukup dengan apa yang ada.fitrah.bak kata orang, fitrah manusia memang begitu.xkan pernah cukup dan xkan pernah puas dengan apa yang ada.lebih2 lagi kalau tengok orang lain lebih cukup serba serbi dan lebih segala2nya dari dia..
"cantiknya rumah dia..."
"besarnya rumah dia..."
"mahalnya kereta dia.."
"banyaknya duit dia.."
"cantiklah baju dia.."
"mesti mahal laptop dia.."
"waaaa..gucci tu beg dia.."
ataupun,
"bestnye kalau ade rumah mcm tu."
"kalau kita kaya macam dia kan best.."
"kalau kita ada kereta mcm dia kan best.."
macam2 lagi lah dialog yang memang kita dah selalu dengar.kan...sesiapa yang lebih dari kita,sentiasa kita nampak.cari lebih mereka,supaya kita ada apa yang mereka ada.walaupun sepatutnya,kita sepatutnya dh cukup selesa dengan apa yang kita ada.
cubalah kita tukar sikit mentaliti kita ni,biar selalu pandang,lihat ke bawah...teliti pada orang2 yang di bawah kita..betapa kurangnya mereka dari kita sebenarnya.
andai kita selesa berkereta,mereka??bermotorsikal,berbasikal,entah2,berjalan kaki sahaja.
andai kita berumah besar,mereka??mungkin hanya berlindung dari panas terik mentari dan hujan basah di bawah pondok yang layak di gelar reban ayam sahaja..
andai kita cukup makan , pakai, mereka??entah ada entahkan tiada..
bersyukurlah...usah selalu mendongak membanding dengan yang di atas,adalah lebih baik,lihat2lah ke bawah supaya kita sedar..betapa beruntungnys kita berbanding mereka...
thanks to tazkirah hot fm.
jumaat,8/8/2008
Dicatat oleh ayongsiti di 8/08/2008 05:09:00 PTG
Label: tintaku menari