ada orang yang yang berjaya itu sifatnya baik,berakhlak mulia,menghormati orang lain,menjaga maruah diri dan mempunyai segala sifat2 mahmudah yang lain di dalam dirinya..
ada pula orang yang berjaya itu bersifat buruk, berperangai jahat, melanggar perintah Allah,memiliki sifat2 mazmumah dan jelas terpancar pada dirinya bahawasanya dia seorang yang kurang baik, jahat dan sebagainya.
kedua-duanya berjaya.diberikan kejayaan.
itulah persamaan antara keduanya.
adilkah begitu????
bukan adil atau tidak yang patut dipersoalkan...tetapi,perhatikanlah kerana nyata perbezaan pada keduanya..
kerana yang pertama itu,kejayaannya adalah RAHMAT dari yang ESA kerana kemuliannya dirinya manakala yang kedua itu adalah ISTIDRAJ,iaitu pemberian dari ALLAH atas dasar kebencian,dan pemberian dalam keadaan marah dariNYA.
maka renungilah diri kita di bahagian yang mana...
adakah berjaya kita kerana RAHMAT dari ALLAH
atau....
adakah berjaya kita kerana ia adalah sekadar ISTIDRAJ sahaja.
Isnin, Ogos 25, 2008
RAHMAT @ ISTIDRAJ ?
Dicatat oleh ayongsiti di 8/25/2008 02:28:00 PTG
Label: tintaku menari