malam 1-dikeluarkan dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sebagaimana ia baru dilahirkan, dan mendapat keampunan dari Allah s.w.t
malam 2-diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang solat tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang yang beriman)
malam 3-malaikat berseru di bawah 'Arasy supaya kita solat tarawih terus menerus dan semoga dosa-dosa kita diampunkan oleh Allah swt
malam 4-mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat,Injil,Zabur dan Al-Quran
malam 5-Allah swt mengurniakannya pahala seumpama orang yang solat di Masjidil Haram,Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa
malam 6-Allah swt mengurniakannya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu malaikat sekali tawaf),serta setiap batu-batan dan tanah mendoakan supaya Allah swt mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam ini.
malam 7-Seolah-olah dia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'alaihissalam menentang musuh ketatnya fir'aun dan Hamman.
malam 8-Allah swt mengurniakannya pahala sebagaimana pahala yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah swt Ibrahim 'alaihissalam.
malam 9-Allah swt mengurniakannya pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad saw
malam 10-Allah swt mengurniakannya kebaikan di dunia dan di akhirat
malam 11-akan dikeluarkannya dari dunia sepertimana bayi yang baru dilahirkan
malam 12-Didatangkannya pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya(cahaya ibadat)
malam 13-Didatangkannya pada hari kiamat dalam keadaan aman sentosa daripada segala kejahatan dan keburukan
malam 14-Malaikat-malaikat datang melihatnya mengerjakan solat tarawih dan Allah swt tidak akan menyesatkannya di hari kiamat.
malam 15-semua Malaikat yang menanggung 'Arasy ,Kursi berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orng yang bersolat tarawih pada malam ini.
malam 16-Allah swt mencatitkan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga
malam 17-Allah swtmenurniakan pahala kepada orang yang bersolat tarawih pada malam ini sebanyak pahala-pahala para nabi.
malam 18-Malaikat menyeru"Hai hamba Allah swt sesungguhnya Allah swt telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau. (yang masih hidup ataupun yang telah mati"
malam 19-Allah swt meninggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus
malam 20-Allah swt mengurniakan kepadanya pahala-pahala orang yang mati syahid dan para solihin
malam 21-Allah swt binakan padanya sebuah istana di Syurga daripada Nur(cahaya)
malam 22-Didatangkannya pada hari kiamat aman dari segala jenis dukacita dan kerisauan.(tidak dalam huru-hara di Padang Mahsyar)
malam 23-Allah swt binakan padanya sebuah bandar di syurga daripada Nur (cahaya)
malam 24-Allah swt membuka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih pada malam ini
malam 25-Allah swt mengangkatnya daripada siksa kubur.
malam 26-Allah swt mengurniakan kepada orang yang bersolat tarawih pada malam ini pahala seumpama pahala 40 tahun ibadat
malam 27- Allah swt mengurniakan kepada orang yang bersolat tarawih pada malam ini ketangkasan melintas di atas titian Siratul Mustaqim seperti kilat yang menyambar
malam 28-Allah swt mengurnikan padanya pahala 1000 darjat di akhirat
malam 29-Allah swt mengurniakan padanya pahala 1000 kali haji yang mabrur
malam 30-Allah swt memberi penghormatan kepada orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam yang terakhir ini dengan ganjaran yang teristimewa sekali lalu berfirman :-"hai Hambaku, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau inginkan di dalam syurga,dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila srta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad saw yang bernama Al-Kauthar"
Isnin, September 24, 2007
kelebihan solat sunat tarawih
Dicatat oleh ayongsiti di 9/24/2007 12:12:00 PTG
Label: ramadhan