assalamualaikum..
ayong baru lepas tgok berita jam 12 td...berita mengenai budak yang hilang,adik nurin jazlin jazimin,8 thn yang hilang selepas pergi ke pasar mlm pd 20 ogos 2007 sekali lagi mengisi skrin tv..tapi kali ni bukan macam berita berita yang lepas..bukan lagi berita untuk mengajak dan meminta rakyat malaysia sama-sama membantu dalam mencari adik nurin tapi,berita harini mengesahkan yang mayat kanak-kanak yang dijumpai didalam sebuah 'gym bag' adalah mayat adik nurin...innalillahiwainna ilaihiraaji'unn..ucapan takziah buat keluarga adik nurin.semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..
sayu hati melihat seorang ayah menitiskan airmata,,pasrah dalam menerima pemergian anak kesayangannya.
betapa manusia sekarang ni ada yang tidak berhati perut,tidak berperikemanusiaan lansung..apa-apapun, semoga sesiapa sahaja yang terlibat dalam melakukan perkara yang kejam ni diberi balasan yang setimpal oleh Allah swt nanti..
sedikit pesanan buat rakyat Malaysia yang seMalaysia dengan ayong...jagalah anak-anak,adik-adik,mahupun ahli-ahli keluarga kita sebaiknya..
Jumaat, September 21, 2007
al-fatihah buat adik nurin jazlin jazimin
Dicatat oleh ayongsiti di 9/21/2007 12:11:00 PTG
Label: isu semasa