Diskriminasi wanita bertudung masih juga berlaku walaupun banyak pihak memperjuangkan kebebasan mengamalkan pegangan agama masing-masing.Di Tunisia,mahasiswi beberapa universiti menghadapi tekanan apabila Jabatan Keselamatan Negara (JKN) di Negara mereka menghalang mereka daripada menduduki peperiksaan akhir mereka.Larangan ini bukan sahaja diterhadkan kepada glngan mahasiswi sahaja, bahkan, pelajar sekolah yang dibawah kementerian Pendidikan Negara itu juga turut menerima nasib yang sama.
Bukan setakat dihalang daripada menduduki peperiksaan, bahkan wanita bertudung turut ditegah daripada memasuki premis-premis kerajaan.Ini dengan jelasnya telah menggugat kebebasan beragama yang sekian lama diamalkan di Tunisia
Menurut sumber daripada siswi yang dikenakan tindakan itu,ia berlaku diwilayah sebelah timur dalam jajahan wilayah tengah ibunegara itu.Ia bermula apabila pihak JKN merampas dokumen dan kad pelajar berkenaan dan tidak membenarkan mereka menduduki peperiksaan.
Akibat kejadian itu,berlaku perbalahan membabitkan siswi tersebut dan petugas JKN yang membawa kepada rusuhan di hadapan pejabat JKN yang terdapat di kebanyakan university.Sumber daripada pihak JKN pula menyatakan bahawa siswi yang terlibat dan dikenalpasti terbabit dalam rusuhan tersebut akan diberhentikan daripada meneruskan pengajian.Nama mereka juga akan disenaraihitamkan dan tidak dibenarkan meneruskan pengajian seterusnya di university-universiti Tunisia.
Para siswi telah dipaksa menurunkan tandatangan persetujuan agar tidak memakai tutup kepala jika mahu meneruskan pengajian di university.Petugas JKN bkan sahaja bertindak di university sahaja, tetapi juga di hadapan masjid,pasar dan juga di tempat awam.ini menimbulkan kemarahan pelbagai phak yang menganggapnya provokasi bagi menangkap sesiapa sahaja yang menentang dasar itu.
Di sebuah wilayah lain,ramai muslimat bertudung ditangkap dan disumbatka ke dalam lokap dalam tempoh beberapa hari sebelum di bebaskan.Ini bertujuan menghina serta merendah-rendahkan kedudukan muslimat yang bertudung.Tudung dianggap pihak berkuasa sebagai pemakaian yang boleh menjejaskan pembangunan Negara.
Begitu pelik tetap itulah hakikatnya ujian yang terpaksa dihadapi oleh muslimat di Tunisia bagi melemahkan iman.Mereka akhirnya terpaksa akur kepada kemahuan pihak pemerintah secular itu..
Dipetik dari majalah wanita islam ,bil 196.ms 11.
Syukurlah kita di Malaysia tidak mengalami nasib yang sama seperti saudara kita di Tunisia sana.Sama-samalah kita doakan mereka kuat dalam memperjuangkan syariat Islam...terkilan jugak ayong terkadang tu bila baca bab-bab bertudung ni..betapa muslimah di negara lain yang bertudung bersusahpayanh dalam memperjuangkan hak mereka sebagai muslim,tapi masih ramai dikalangan kita yang berada di dalam negara yang bebas memilih,bebas beragama ni tetap jugak tidak tertutup mahkota di kepalanya...kalau tertutup pun,,,,faham-faham sajelah.sepatutnya masing-masing tahu tanggungjawab masing-masing sebagai seorang muslimah,wanita islam..bersyukurlah...jangan kufur nikmat.Jangan tunggu sampai nasib kita jadi macam kisah muslimah tunisia ni baru kita nak terngadah..,macam kata pepatah tu, "dah terhantuk baru nak terngadah".Nauzubillahiminzalik.
Selasa, September 18, 2007
dilarang menduduki peperiksaan kerana bertudung
Dicatat oleh ayongsiti di 9/18/2007 01:43:00 PTG
Label: isu semasa