Matlamat menuntut ilmu dapat digambarkan melalui 4 elemen utama iaitu alam,wahyu,manusia dan ilmu.
‘alam’ mengandungi tanda-tanda ilmu dan tunduk kepada Allah SWT,’wahyu’ pula menyatakan tanda-tanda ilmu dan kebesaran Allah SWT,sementara ‘manusia’ pela berfungsi sebagai peneroka dan pengkaji tanda2 tersebut melalui alam sejagat untuk menghasilkan apa yang dinamakan ‘ilmu’.
Sebagai kesimpulannya,2 matlamat utama menuntut ilmu ialah:
1)Untuk mrmbuktikan kekuasaan Allah SWT sebagai Maha pencipta.Sebagai hamba Allah SWT,sewajarnya kita sebagai penuntut ilmu wajib mempelajari ilmu yang mengarah kepada tujuan meneguhkan iman dan kepercayaan kepada Allah SWT.Ilmu tauhid adalah ilmu yang membahaskan iman manusia terhadap Allah SWT.Maka mempelajarinya adalah bertujuan membuktikan kekuasaan Alah SWT.Oleh kerana akal fikiran itu juga dianugerahkan oleh Allah SWT kepada manusia,maka tujuan utamanya adalahsupaya manusia menggunakan akal fikirannya untuk memikir dan mempelajari tentang diri dan alam sekitar supaya mengenali Allah SWT.
2)Untuk mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan hidup manusia dan alam.Tanpailmu pengetahuan,manusia tidak ubah seperti makhluk-makhluk lain di dunia.Kebahagiaan manusia samaada di dunia mahupun di akhirat adalah bertitik-tolak dari ilmu pengetahuan sementara kebahagiaan alam sekitar,tumbuhan,haiwan dan seumpamanya harus ditadbir oleh manusia yang berilmu pengetahuan.Sekiranya manusia tanpa ilmu pengetahuan dan tanpa taraf pemikiran sebagaimana manusia yang sempurna yang mentadbir alam ini, maka, alam akan binasa dan segala isi di dalamnya juga akan teraniaya.Oleh kerana manusia dan alam tidak boleh dipisahkan, maka,manusia adalah dituntut untuk menuntut ilmu pengetahuan supaya kebahagiaan hidup dapat dicapai.
jadi,perbaikilah niat kita dalam menuntut ilmu..
Selasa, September 04, 2007
matlamat menuntut ilmu
Dicatat oleh ayongsiti di 9/04/2007 06:18:00 PTG
Label: ilmiah