Hidupnya Jiwa Adalah Kerana ILMU, Maka Rebutlah ILMU, Matinya Jiwa Adalah Kerana Kejahilan, Maka,Hindarilah Kejahilan. Biar Zaman Berubah, Tetapi Hati Jangan Goyah, Silakan Masa Berganti, Tetapi Keyakinan Jangan Mati, Ia adalah Intan Paling Mahal, Berharga dan Permata Penyeri Jiwa. Jaga Iman Kukuhkan Hati Demi Islam yang Hakiki...

Jumaat, Ogos 31, 2007

Salam kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!..salam kemerdekaan buat semua...harini,tv penuh dengan live pertunjukan merdeka..pagi td,semangat sangat rasenye hatini tgok perbarisan..memang bertuahlah ayong jadi rakyat Malaysia.Kalau tidak,mana mungkin ayong blh kecapi,rasai apa yang ada kat negara kita yang tercinta ni.buat semua rakyat Malaysia, bersyukurlah kita dilahirkan sebagai rakyat Malaysia..
itu kisah pagi tadilah,
malam ni pulak,semangat tu dah meleset sikit.sebab ape,sebab kat berite tadi disiarkan sikap2 mentaliti kelas ketiga rupenye masih lagi membelenggu kita sebagai rakyat Malaysia walaupun kita dah 50 tahun merdeka..
hmmm...i've no idea dahla nak tulis ape..
tapikan, lagu2 patrioritik yang dsiarkan kat tv,radio, semua memang menyemarakkan lagi semangat cintakan negara.syabas buat yang terlibat..
sebagai anak pasca merdeka,masih banyak yang ayong perlu perbaiki untuk mencapai erti kemerdekaan yang sebenarnya...

Khamis, Ogos 30, 2007

teka-teki IMAM GHAZALI

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanyakan (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'

IMAM GHAZALI' Apa yang paling berat didunia? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'
Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '

'sampaikanlah walau satu ayat'..

apa yang boleh ayong simpulkan...-->
YANG PALING DEKAT DENGAN KITA ITU ADALAH 'MATI'
YANG PALING BENAR PADA KITA ITU ADALAH 'MASA LALU'
YANG PALING BESAR ITU ADALAH 'HAWA NAFSU'
YANG PALING BERAT KEPADA KITA ITU ADALAH 'MEMEGANG AMANAH'
YANG PALING RINGAN KEPADA KITA ITU ADALAH 'MENINGGALKAN SOLAT'
DAN YANG PALING TAJAM ITU ADALAH 'LIDAH MANUSIA'...

syukran jazilan buat 'adik' atas artikel ni.akak hargainya....

Rabu, Ogos 29, 2007

Jom kongsi make up.

lepas bace artikel ni,ayong rase tak sabar nak post.biar semua kaum2 hawa kat luar sana boleh ayong kongsi gune make up yang free ni same2...terime kasih pada kawan ayong yang terlebih dahulu hantar artikel ni pada ayong..jadi, buat si cantik jelita,si comel-lote,si putih gebu,siape2 ajelah yang dilahirkan sebagai wanita,bacela...penting ni...bace tau.bace...bace sampai abis...one by one,baris demi baris,nombor demi nombor..

pertama, Jadikanlah ghadul bashar (menundukkan pandangan) sebagai celak bagi kedua belah alis mata kita.. InsyaALLAH, pandangan kita kan menjadi jernih..

kedua, Oleskanlah lipstik kejujuran dan kebenaran (al haq) pada ulasan bibir delima kita.. InsyaALLAH, ukiran senyuman kita kan bertambah manis dan dihargai .

ketiga,Bedakkanlah raut wajah kita dengan kosmetik yang berasaskan malu dan keadaban. InsyaALLAH, kesederhanaan lahiriah yang kita biaskan itu akan menyejukkan mata yang memandang.

keempat,Lumurkanlah sabun istighfar ke sepelusuk anggota badan kita. InsyaALLAH, ia bisa mengikis daki kotoran dosa dan kesalahan yang telah kita lakukan.

kelima, Rawatkanlah rambut kita dengan hijab ISLAMI. InsyaALLAH, ia akan menyelimuti seluruh jasad sang hawa daripada menjadi mangsa kerakusan insan yang terlepas daripada tambatan keimanannya.

keenam,Sarungkanlah kedua-dua belah tangan kita dengan gelang sedekah dan jari-jemari kita dengan cincin ukhuwwah Islamiyyah. InsyaALLAH, kelak kita akan temui warga Sholihin yang nilaiannya melangkaui segunung emas permata.

ketujuh,Alunkanlah kemerduan dan kesyahduan suara kita dengan tilawatul Qur’an dan zikrullah. InsyaALLAH, berkat kekhusyu’kan dan penghayatan, hulwatul Iman akan dikecapi ruh kita sebagaimana lidah merasakan kemanisan makanan.

kelapan, Luruskanlah postur tubuh badan kita dengan ketulusan dalam menunaikan solat dan peng‘ibadatan kepada Yang ESA. InsyaALLAH, takkan DIA persia-siakan keikhtilasan atau keikhlasan atau keistiqomahan kita dalam mencari keredhoan-NYA.

Dan akhirnya…

yang kesembilan...Hembuskanlah nafas ta’abud wa taqarrub ila ALLAH S.W.T. ke dalam ruh dan sanubari kita. InsyaALLAH, selama itu takkan kita rasai ketandusan kasih sayang mahupun kegelisahan dalam kehidupan.

insyaAllah,tanpa perlu berhabis wang ringgit,dirimu kan jelita,cantik secantiknya tanpa sebarang alat2 bernama alat solek.

Rahsia solat.

Assalamualaikum semua...arini ayong nak share artikel kat bawah nilah.pasal rahsia solat yang kita kerjakan sehari-hari..selalunye kita manusia ni,kalau tau ape yang akan kita dapat lepas kita lakukan sesuatu benda tu,baru kita semangat nak buat.kan.emmm senang cerite,biasenye kita kalo nak buat sesuatu tu,mesti nak ganjaran.kan.contohnye mcm buat kejela..kalo gaji sikit,mesti kite takmo.cube kalo keje kite tu gaji yang kan kite dapat nanti ribu-ribu.mesti kite semangat nak selesaikan.kan.aaaaaaaaaa...macam tulah jugak ngan sembahyang..emmm maksud ayong SOLAT.kalo kite taula ape yang ade disebalik kewajipan yang Allah SWT tentukan ni,mesti kite dengan sepenuh hati nak laksanakannya kan.emmmmm...lepas teliti,baca,renungi artikel ni, muhasabahlah diri kita balik,adakah kita tergolong dalam golongan org atau hamba Allah SWT yang dengan sepenuh jiwanya mengabdikan diri kepada Allah SWT...atau pun kita ini tergolong dalam golongan yang amat RUUUUUUUUUUUGIIIIIIIIII kerana mempersiakan nikmat yang Allah dah bagi dalam rahsia solat ni....

Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu...

1 - Niat Sembahyang :Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10 - Tahhiyat Akhir :Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S.A.W. bersabda: "Senarai di atas adalah
salah satu sebab mengapa orang Yahudi/Kafir tidak sukakan angka 13 dan
juga Hari Jumaat". Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram
sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Selasa, Ogos 28, 2007

kelebihan menuntut ilmu

Islam adalah satu-satunya agama yang dengan tegas dan nyatanya menerangkan tentang pentingnya ilmu dalam kehidupan.Hal ini dapat difahami melalui ayat pertama yang diturunkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang bermula dengan gesaan ‘membaca’ (iqra’).
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Bacalah (wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekelian makhluk).Ia mencipta manusia dari segumpal darah.Bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah,yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan.Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya” (al-alaq :1-5)

Menurut ayat tersebut,menuntut ilmu ialah prasyarat untuk membolehkan manusia benar-benar berfungsi sebagai hamba dan KhalifahNya di dunia.kerana dengan ilmu manusia dapat mengenali Tuhannya, dapat mengenali dirinya,dapat mengenali alam dan dunia yang lain.Sesungguhnya mengenali Tuhan,diri,alam dan makhluk-makhluk yang lain merupakan asas untuk manusia berfungsi dengan sebaik mungkin di dunia ini.

Kelebihan menuntut ilmu menurut Al-Quran dan Hadis

Al-Quran juga telah menegaskan bahawa orang yang menuntut ilmu diberikan kelebihan berbanding dengan orang yang tidak berilmu dengan beberapa darjat.Sepertimana yang terdapat di dalam FirmanNya yang bermaksud:
“Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan yang diberi ilmu (dari kalangan kamu) beberapa darjat” (al-mujadalah :11)

Allah SWT juga telah mengaitkan golongan ilmuan dan ulama’ dengan sifat orang yang bertaqwa sepertimana FirmanNya yang bermaksud:
“Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang ternak,ada yang berlainan jenis dan warna.Sesungguhnya orang yang menaruh bimbang dan takut (taqwa) (melanggar perintah) Allah SWT,dari kalangan hambanya hanyalah orang-orang yang berilmu.Sesungguhnya Allah SWT Maha Kuasa dan Maha Pengampun” (fatir:28)

Bukti-bukti tentang kelebihan menuntut ilmu bukan sahaja hanya disebut oleh Al-Quran,bahkan hadis Nabi SAW turut menegaskan bahawa menuntut ilmu adalah satu kewajipan sebagaimana sabda Baginda SAW di dalam sebuah hadis yang bermaksud”
“Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim” (HR Ibnu Majah dan al-Baihaqi)

Selain daripada itu, menuntut ilmu turut dituntut walau di mana sahaja kita berada agar ilmu itu dapat diraih dan dimanfaatkan.seperti yang disebut di dalam sebuah hadis yang bermaksud:
“Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri Cina” (HR al-Baihaqi)

Manakala menurut perspektif Islam, orang yang berilmu adalah golongan yang istimewa,dan kedudukan mereka dianggap hampir kepada taraf kenabian.Hal ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
“Manusia yang paling hampir ke darjat kenabian ialah ahli ilmu” (HR Abu Naim)

Mereka juga bukan hanya bermanfaat kewujudannya di dunia, bahkan hingga ke akhirat kerana mereka juga adalah di antara orang yang boleh memberi syafaat.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Orang yang memberi syafaat pada hari kiamat ada 3 iaitu para Nabi,ahli ilmu (ulama) dan para syuhada”
(HR ibnu Majah)

Ahad, Ogos 26, 2007

yas SPM,alah PMR,yan pun EXAM jugak

cuti sekolah dah abis..tapi, cuti ayong masih berbaki.hehe...ayong cuti lagi...tensionla agaknye yas, lah ngan yan tengok ayong masih lagi bersenang-lenang berehat-rehat,bercuti-cuti lagi.huhuuuuuuuu.jangan jealous adik-adikku...sesungguhnya, ayong pun pernah rase ape yang korg bertige rase dulu..

SPM,PMR,dua-dua peperiksaan besar.mamalah insan yang paling risau ayong rase.abah risau juge, tapi, abah sorok agaknye..let mama je yg tunjukkan risaunye.lagipun,abah sibuk...ye bah ye.ayong pun risau jugak tengok adik-adik nak pekse ni.kalau boleh,ayong nak adik-adik ayong yang bertige ni berjaya, lebih,lebih,lebih dari ayong.supaya nanti,boleh balas balik jasa mama abah.biarlah...biarpun jasa mama abah tak mungkin kita balas sesempurnanya, biar kejayaan kita ni jadi hadiah buat mereka berdua..kalahkanlah ayong,ayong tak kisah...adik-adik berjaya,ayong tumpang bangga,ayong tumpang gembira.Yas,lah,yan lulus cemerlang dalam periksa,ayong tumpang suke....

YAS spm bln 11 2007 ni.ayong tak sempat tgok yas pekse
LAH pmr bln 10 2007 ni.ayong sempat kot tengok alah pekse..
YAN periksa akhir tahun bln 10 ni jugak rasenye.sempat jugak tengok yayan.

sempat ke tak sempat ke ayong tengok korang pekse yang penting, semuenye terletak atas usaha korang bertiga..Buatlah yang terbaik Yas,Lah,Yan.Ayong tak dapat nak tolong jawabkan ....mama abah pun gitu.semuanya atas usaha korang juga.Ape yang mampu ayong buat?ayong hanya boleh doakan je semoga Yas,Lah Yan berjaya...

"Ya Allah,KAU kurniakanlah kejayaan kepada adik-adikku didalam peperiksaan SPM,PMR,dan peperiksaan akhir tahun mereka Ya ALLAH.KAU kurniakanlah kejayaan buat adikku, muhammad ilyas bin muhammad khairi kejayaan di dalam spmnya Ya RAHMAN.KAU kurniakanlah kejayaan buat adikku Siti maisarah binti muhammad khairi kejayaan di dalam pmrnya Ya ALLAH.KAU kurniakanlah adikku muhammad imran bin muhammad khairi kejayaan di dalam peperiksaan akhir tahunnya ya RAHIM.KAU kurniakanlah kejayaan buat mereka bertiga Ya ALLAH dan KAU jauhkanlah mereka dari kegagalan....seandainya KAU uji mereka dengan kegagalan,KAU tabahkanlah hati mereka dan KAU kuatkanlah mereka dalam menghadapi ujian dariMU..seandainya KAU uji mereka dengan kejayaan, KAU jauhkanlah mereka dari sifat riak dan takabbur...hanya padamu YA Allah tempat kami memohon..."

buat readers and bloggers...tolong doakan adik-adik ayong ye...jangan lupe doakan ayong jugak...semoga kita semua berjaya fi kulli imtihan,fid din..fid dunya wal akhirah...

Sabtu, Ogos 25, 2007

hikmah disebalik KeGaGaLaN..

"kegagalan yang kita lalui adalah salah satu langkah yang penting dalam kehidupan".dengan kegagalan, kita kan cuba bangkit semula selepas tersungkur di lembah kehampaan.HANYA HATI YANG TABAH DAN TAK MENGENAL ERTI PUTUS ASA yang boleh menemui kekuatan dalam diri untuk bangkit semula selepas tewan di medan perjuangan hidup, apatah lagi, kita sebagai manusia sering diingatkan supaya jangan sekali-kali berputus asa dari rahmat Allah swt.
-sedap bunyi madah ni-.walaupun dah biase dengar,tapi ayong tergerak hati nak panjang-panjangkan cerita pasal topik ni.seronok...ala, bukan susah pun kan, taip je..

hmmmmmmm...memandangkan ayong sendiri perlukan sedikit motivasi buat diri yang baru je sedikit tersasar dari landasan target natijah imtihan yang baru je keluar baru-baru ni,bolehla jugak ayong kongsikan dengan blogger n reader2 yang lain.
Natijah yang telah ditunggu2 sejak berakhirnya imtihan tahriri dan syafawi akhir bulan jun haritu dahpun keluar beberape minggu yang lepas..cukup mendebarkan.tahun pertama sebagai pelajar kat sini sedikit sebanyak menambahkan bertan-tan dan bergelen-gelen gundah-gulana,risau-serisau-risaunya,debar-debar,semualah jenis-jenis perasaan yang sewaktu dengannya..bak kate mama,ayong sampai tak lalu makan, macam ade masalah negarala kononnye..padahal..tunggu keputusan pekse rupenye..sampai ma pun berjangkit takut,jd tak lalu makan mcm ayong jugak.ibu manela tak risau...kan.

alamak, tersasar dari topik pulak dah...ok, berbalik pada cerita natijah imtihan tadi,setelah berkali2 cuba berhubung ngan kawan-kawan yang berada di sana,setelah lama melekatnya handphone dngan diri ni,akhirnya, satu sms meleraikan segala tan-tan dan gelen-gelen kusut yang tersarang di kepala ni...tidak gagal,dan sememangnya ayong sendiripun mintak dijauhkan dari 'kegagalan' sepertimana kawan-kawan and student2 lain di seluruh pelosok dunia.tapi, bagi ayong,ayong boleh kategorikan natijah ayong yang pertama di ardhul kinanah ini sebagai sebuah kegagalan 'kegagalan dalam kejayaan'..mmmm gitulah.

tapi! bak kata ayat di atas tu: "Jgn sekali-kali kita putus asa dari rahmat Allah" dan tambahan dari diri ayong sendiri : bahkan kita perlu bersyukur dan anggap, itulah ujian dari Allah yang sayangkan kita sebagai pencari ilmunya....".
haaaa....jadi, apepun yang terjadi, ayong bersyukur...sekurang-kurangnya, ayong mampu buat mama ngan abah tersenyum,walaupun tak selebar mana, walaupun tak sampai ketelinga, itu lebih baik,kan dari menggugurkan airmata mereka..betapa berharganya senyuman mama abah tatkala tu..maafkan ayong ma,abah,ini je yang ayong mampu buat mase ni..insyaAllah thn depan ayong cube buat yang terbaik lagi dari kali ni..Ayong tau...walaupun mama ngan abah tak pandang tinggi mane pointer ayong, takat mane gred ayong,tinggi mane blaja ayong,tapi, anak manelah yang taknak ibubapa die gembire..kan,kan,kan...hehe, takmo sedih sedihlah.chayo' chayo' ayong....

Jadi, ape yang perlu kita buat sekiranya kita terpaksa berhadapan dengan kegagalan yang bukan atas kemahuan kita????.....ayong ade jawapannye...

"JANGAN PUTUS ASA.....ITULAH YANG UTAMA.ANDAI PERLU DITANGISI KEGAGALAN TU, MENANGISLAH,KERANA PADA AYONG,MENANGIS TU PERLU, TAK KIRALAH DI KALA SUKA,APATAH LAGI DUKA.KAN.ANGGAPLAH KEGAGALAN YANG KITA TERIMA TU DISEBALIKNYE TERSELINDUNG BERIBU HIKMAH.SETIAP YANG BERLAKU TU KAN ADA HIKMAH DISEBALIKNYA...MUNGKIN ADA SESUATU YANG ALLAH SWT NAK KITA SEDAR, KAJI,CARI DAN KOREKSI DALAM DIRI KITA.KEGAGALAN TU KAN TANDA KELEMAHAN,JADI, BUKA MATA, BUKA HATI,KOREKSI DIRI.APA LEMAHNYA DIRI KITA.PERBAIKI APE YANG SILAP,LIPAT GANDAKAN APE YANG KURANG.JANGAN SEKALI-KALI KITA ANGGAP YANG KEGAGALAN KITA TU ADALAH TITIK AKHIR PERJUANGAN KITA...PERJUANGAN KITA TAKKAN SELESAI...KUATKAN DIRI, KUATKAN DIRI,KUATKAN DIRI.APAPUN, PENGHARAPAN PADA YANG MAHA ESA TU JUGALAH YANG TERPENTING AGAR KITA DIKURNIAKAN KEKUATAN,KEJAYAAN, DAN DIJAUHKAN DARI KEGAGALAN,MAKNAWI DAN HAKIKI.."

sekian dari ayong yang kan terus kejari kejayaan.....

Jumaat, Ogos 24, 2007

anak derhaka dimana tempatnya?

"serangkap keluhan kecewa orang tua naik menghadap Allah SWT,takkan dapat lari si anak daripada menerima padah"

"tidak dinamakan hormat sekiranya kemahuan mereka (yang tidak bertentangan dengan syarak)kita tidakkan"

beginilah bunyi 2 pepatah yang ayong baca beberapa hari yang lepas.hukum takkan pernah berubah.sampai bila-bila pun kita sebagai anak2 wajib taat,sayang dan jaga perasaan org tua kita.seperti sabda Nabi S.A.W "Redha Allah SWT tergantung pada redha kedua org tua dan urka Allah SWT tergantung pada murka kedua org tua.." (HR Tarmidzi drpd Abdillah bin Ash r.a).janganlah kita sesekali melukakan hati kedua org tua kita..

Dlm sebuah hadis lain,telah dikisahkan bahawa seorang lelaki telah datang untuk berbai'ah kepada Nabi S.A.W untuk turut berhijrah dan berjihad."Aku ingin pahala dari Allah SWT" kata lelaki itu.Nabi S.A.W pada ketika itu tidak terus memberi izin,sebaliknya baginda bertanya pada lelaki tersebut "Apakah salah seorang daripada kedua orang tuamu masih hidup?" tanya Nabi S.A.W.Lelaki itu kemudiannya mengakuinya.Lalu Nabi S.A.W menyuruh lelaki itu pulang dan berbakti kepada kedua org tuanya.Nabi akhirnya tidak membenarkan lelaki tersebut meninggalkan ibu dan ayahnya.lalu berjihadlah lelaki tadi,tapi bukan di medan perang, tapi jihadnya dia bersama orangtuanya..melihat kepada kisah ni ayong dapat simpulkan di sini,sedangkan seorang hamba Allah yang nak menyerahkan dirinye ke medan jihad pun patut lebih mengutamakan ibubapanyanya, inikan pula kita,yang semangat jihadnya pun belum ada.

sabda Nabi S.A.W lagi "Dua macam dosa yang disegerakan Allah SWT didunia : pertama: dosa zina dan kedua: dosa derhaka kepada org tua" (HR Thabrani daripada Abi Bakrah r.a).memang Dosa kedua pebuatan ini ternyata disegerakan oleh Allah hukumannya didunia..jauhilah kedua perbuatan ni..usah sekali2 kita dekati.ngeri rasanya bila mengenangkan hukuman2 ni.

Bebalik pada cerita tentang ibubapa tadi,ayong ada lagi satu petikan tentang peristiwa dimana Nabi S.A.W mengaminkan doa Malaikat Jibril yg berbunyi "Celakalah org yang masa hidupnya,di saat ibu dan bapanya atau salah seorang daripada mereka telah mencapai umur tua tetapi dia gagal berkhidmat terhadap mereka sehingga menyebabkan ternafilah dirinya daripada masuk ke syurga".hah!!!! fikir2kan kembali, adakah kita tergolong dlm golongan yang disebut dalam doa malaikat jibril ni??semoga kita semua bukan termasuk dalam golongan ni...

semoga catitan ini dapat dimanfaatkan bersame...sayangilah,taatilah,hormatilah,doakanlah kesejahteraan,kesihatan kedua ibubapa kita..ingat satu perkara,'kalau kita tidak mahu diri kita diabaikan oleh anak-anak kita bila kita berusia kelak,jangan sekali-kali abaikan kedua org tua kita...

akhir kata dari ayong,untuk diri ayong jugak :
pesan Nabi S.A.W"berbuat baiklah kepada orangtuamu,nescaya akan berbuat kepadamu anak-anakmu....." (HR al-Hakim drpd Jabir r.a)

warkah si hawa buat sang adam

buat Adamku.....
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam...
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.

Namun... terasa berat pula untukku menyatakan perkara ini..

Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.

Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam...
Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam...
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong,
maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid b*d*h, guru yang tidak pandai mengajar!

Adam...
kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku
adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.

Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan konco-konconya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.


Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...

renungkanlah adamku..
aku,
hawamu.

Rabu, Ogos 15, 2007

jangan mengeluh...

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

hari ini sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

hari ini sebelum kita mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

hari ini sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

hari ini sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

hari ini sebelum kita mengeluh & memarahi ibu dan bapa kita yang masih hidup
Fikirkan tentang seseorang yang merintih pilu memerlukan kasih sayang ibu dan bapa

hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang telahpun pergi sebelum sempat menginsafi diri

hari ini sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak

hari ini sebelum kita mengeluh tentang ujian yang menimpa,
fikirkanlah,dan sedarlah, bahawa kita adalah manusia...

Selasa, Ogos 14, 2007

student .... study..study...student..

seoarang pelajar...dan pelajaran..sronok ke topik ni?rasenye tak kan.dari dulu lagi...dr kecik-kecik, sampai besar2..ini jela perkataan yang akan selalu kite dengar.ayong pun pelajar..dan akan terus belajar,belajar,belajar dan belajar.jadi, mau tak mau...ayong kenela juge suke dan cintakan due perkataan ni..(memang pun).kadang2 tu kan, rase penat je belajar.lps skolah menengah,cite2 nak sambung blajar memang tinggi menggunung..sebab ape tau, sebab teingin nak blaja kat 'u'.bak kate orang, 'u' tak same ngan skolah..banyak cabaran,kene pandai survive.pastu takyah ade perhimpunan,takyah kene marah ngan cikgu slalu,takyah ade gotong royong.sronoklah kan gitu.uniform pun takde.kalo tak, hari2 kene basuh baju skolah, gosok baju skolah.nak kapur kasut lagi.nak nila baju lagi.kan susah tu..kat 'u' takyah org2 tu kate...mesti sronok masuk 'u'.bile dah masuk walaupun bukan 'u', tapi hanya kolej 'u',takdela sronok sgt.....biase2 je..tapi, sronokla jugak...cumenye, bile dikenangkan kembali, sekolahlah zaman yang paling gembire.tapi, ape nak buat, dah takleh nak masuk skolah balik pun...kolej pun sronok jugak..maklumlah, time tu dah sedikit matang dr mase skolah menengah..kene wat assignment..buat research..buat tesis (pengalaman yang memeritkan dan memeningkan,memenatkan,membingungkan dan banyak kankan yang lain),kene jd presentor,mcm2la..memang sronok!tapi, lps kolej, ayong sndiri penah terase, betape penatnye blaja.mase tu, rase macam, lepas ni, dah takmo sambung dah.cukuplah takat ni je..cukuplah debaran tunggu result kluar,debaran time nak pekse,penat membace,penat mengafal,penat buat assignment,macam2la ujian.haaa..sampai mcm tu skali..dan perasaan tu memang dah ditekadkan dlm hatini.bahawasanya,cukuplah ayong blaja sampai takat tu je.
tapi...sekarang...ayong masih bergelar pelajar...kikikikiki..buat kawan2 ayong yang dulu2 macam ayong jugak...selamat menjadi pelajar kembali...seronok ape belajar.takdela boring..penat2 pun, ilmu dapat banyak..kepada yang tak belajar tu...belajarlah..nak tau kenape ayong cakap camni?sebab sekarang ni,sebagai seorang pelajar,yang pernah belajar, dan sekarang ayong tengah bercuti,ayong tak sabar nak blajar balik.boring....................................kalau belajar, taklah boring.akhir kata, belajarlah apa sahaja,asalkan ia memanfaatkan hidup kita,di dunia, dan di akhirat...

hari ini dalam sejarah

listen through the lyrics

kerana ALLAH sentiasa bersamamu

kerana  ALLAH sentiasa bersamamu