"serangkap keluhan kecewa orang tua naik menghadap Allah SWT,takkan dapat lari si anak daripada menerima padah"
"tidak dinamakan hormat sekiranya kemahuan mereka (yang tidak bertentangan dengan syarak)kita tidakkan"
beginilah bunyi 2 pepatah yang ayong baca beberapa hari yang lepas.hukum takkan pernah berubah.sampai bila-bila pun kita sebagai anak2 wajib taat,sayang dan jaga perasaan org tua kita.seperti sabda Nabi S.A.W "Redha Allah SWT tergantung pada redha kedua org tua dan urka Allah SWT tergantung pada murka kedua org tua.." (HR Tarmidzi drpd Abdillah bin Ash r.a).janganlah kita sesekali melukakan hati kedua org tua kita..
Dlm sebuah hadis lain,telah dikisahkan bahawa seorang lelaki telah datang untuk berbai'ah kepada Nabi S.A.W untuk turut berhijrah dan berjihad."Aku ingin pahala dari Allah SWT" kata lelaki itu.Nabi S.A.W pada ketika itu tidak terus memberi izin,sebaliknya baginda bertanya pada lelaki tersebut "Apakah salah seorang daripada kedua orang tuamu masih hidup?" tanya Nabi S.A.W.Lelaki itu kemudiannya mengakuinya.Lalu Nabi S.A.W menyuruh lelaki itu pulang dan berbakti kepada kedua org tuanya.Nabi akhirnya tidak membenarkan lelaki tersebut meninggalkan ibu dan ayahnya.lalu berjihadlah lelaki tadi,tapi bukan di medan perang, tapi jihadnya dia bersama orangtuanya..melihat kepada kisah ni ayong dapat simpulkan di sini,sedangkan seorang hamba Allah yang nak menyerahkan dirinye ke medan jihad pun patut lebih mengutamakan ibubapanyanya, inikan pula kita,yang semangat jihadnya pun belum ada.
sabda Nabi S.A.W lagi "Dua macam dosa yang disegerakan Allah SWT didunia : pertama: dosa zina dan kedua: dosa derhaka kepada org tua" (HR Thabrani daripada Abi Bakrah r.a).memang Dosa kedua pebuatan ini ternyata disegerakan oleh Allah hukumannya didunia..jauhilah kedua perbuatan ni..usah sekali2 kita dekati.ngeri rasanya bila mengenangkan hukuman2 ni.
Bebalik pada cerita tentang ibubapa tadi,ayong ada lagi satu petikan tentang peristiwa dimana Nabi S.A.W mengaminkan doa Malaikat Jibril yg berbunyi "Celakalah org yang masa hidupnya,di saat ibu dan bapanya atau salah seorang daripada mereka telah mencapai umur tua tetapi dia gagal berkhidmat terhadap mereka sehingga menyebabkan ternafilah dirinya daripada masuk ke syurga".hah!!!! fikir2kan kembali, adakah kita tergolong dlm golongan yang disebut dalam doa malaikat jibril ni??semoga kita semua bukan termasuk dalam golongan ni...
semoga catitan ini dapat dimanfaatkan bersame...sayangilah,taatilah,hormatilah,doakanlah kesejahteraan,kesihatan kedua ibubapa kita..ingat satu perkara,'kalau kita tidak mahu diri kita diabaikan oleh anak-anak kita bila kita berusia kelak,jangan sekali-kali abaikan kedua org tua kita...
akhir kata dari ayong,untuk diri ayong jugak :
pesan Nabi S.A.W"berbuat baiklah kepada orangtuamu,nescaya akan berbuat kepadamu anak-anakmu....." (HR al-Hakim drpd Jabir r.a)
Jumaat, Ogos 24, 2007
anak derhaka dimana tempatnya?
Dicatat oleh ayongsiti di 8/24/2007 04:05:00 PTG
Label: ilmiah