Islam adalah satu-satunya agama yang dengan tegas dan nyatanya menerangkan tentang pentingnya ilmu dalam kehidupan.Hal ini dapat difahami melalui ayat pertama yang diturunkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang bermula dengan gesaan ‘membaca’ (iqra’).
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Bacalah (wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekelian makhluk).Ia mencipta manusia dari segumpal darah.Bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah,yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan.Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya” (al-alaq :1-5)
Menurut ayat tersebut,menuntut ilmu ialah prasyarat untuk membolehkan manusia benar-benar berfungsi sebagai hamba dan KhalifahNya di dunia.kerana dengan ilmu manusia dapat mengenali Tuhannya, dapat mengenali dirinya,dapat mengenali alam dan dunia yang lain.Sesungguhnya mengenali Tuhan,diri,alam dan makhluk-makhluk yang lain merupakan asas untuk manusia berfungsi dengan sebaik mungkin di dunia ini.
Kelebihan menuntut ilmu menurut Al-Quran dan Hadis
Al-Quran juga telah menegaskan bahawa orang yang menuntut ilmu diberikan kelebihan berbanding dengan orang yang tidak berilmu dengan beberapa darjat.Sepertimana yang terdapat di dalam FirmanNya yang bermaksud:
“Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan yang diberi ilmu (dari kalangan kamu) beberapa darjat” (al-mujadalah :11)
Allah SWT juga telah mengaitkan golongan ilmuan dan ulama’ dengan sifat orang yang bertaqwa sepertimana FirmanNya yang bermaksud:
“Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang ternak,ada yang berlainan jenis dan warna.Sesungguhnya orang yang menaruh bimbang dan takut (taqwa) (melanggar perintah) Allah SWT,dari kalangan hambanya hanyalah orang-orang yang berilmu.Sesungguhnya Allah SWT Maha Kuasa dan Maha Pengampun” (fatir:28)
Bukti-bukti tentang kelebihan menuntut ilmu bukan sahaja hanya disebut oleh Al-Quran,bahkan hadis Nabi SAW turut menegaskan bahawa menuntut ilmu adalah satu kewajipan sebagaimana sabda Baginda SAW di dalam sebuah hadis yang bermaksud”
“Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim” (HR Ibnu Majah dan al-Baihaqi)
Selain daripada itu, menuntut ilmu turut dituntut walau di mana sahaja kita berada agar ilmu itu dapat diraih dan dimanfaatkan.seperti yang disebut di dalam sebuah hadis yang bermaksud:
“Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri Cina” (HR al-Baihaqi)
Manakala menurut perspektif Islam, orang yang berilmu adalah golongan yang istimewa,dan kedudukan mereka dianggap hampir kepada taraf kenabian.Hal ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
“Manusia yang paling hampir ke darjat kenabian ialah ahli ilmu” (HR Abu Naim)
Mereka juga bukan hanya bermanfaat kewujudannya di dunia, bahkan hingga ke akhirat kerana mereka juga adalah di antara orang yang boleh memberi syafaat.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Orang yang memberi syafaat pada hari kiamat ada 3 iaitu para Nabi,ahli ilmu (ulama) dan para syuhada”
(HR ibnu Majah)
Selasa, Ogos 28, 2007
kelebihan menuntut ilmu
Dicatat oleh ayongsiti di 8/28/2007 09:09:00 PTG
Label: ilmiah