lepas bace artikel ni,ayong rase tak sabar nak post.biar semua kaum2 hawa kat luar sana boleh ayong kongsi gune make up yang free ni same2...terime kasih pada kawan ayong yang terlebih dahulu hantar artikel ni pada ayong..jadi, buat si cantik jelita,si comel-lote,si putih gebu,siape2 ajelah yang dilahirkan sebagai wanita,bacela...penting ni...bace tau.bace...bace sampai abis...one by one,baris demi baris,nombor demi nombor..
pertama, Jadikanlah ghadul bashar (menundukkan pandangan) sebagai celak bagi kedua belah alis mata kita.. InsyaALLAH, pandangan kita kan menjadi jernih..
kedua, Oleskanlah lipstik kejujuran dan kebenaran (al haq) pada ulasan bibir delima kita.. InsyaALLAH, ukiran senyuman kita kan bertambah manis dan dihargai .
ketiga,Bedakkanlah raut wajah kita dengan kosmetik yang berasaskan malu dan keadaban. InsyaALLAH, kesederhanaan lahiriah yang kita biaskan itu akan menyejukkan mata yang memandang.
keempat,Lumurkanlah sabun istighfar ke sepelusuk anggota badan kita. InsyaALLAH, ia bisa mengikis daki kotoran dosa dan kesalahan yang telah kita lakukan.
kelima, Rawatkanlah rambut kita dengan hijab ISLAMI. InsyaALLAH, ia akan menyelimuti seluruh jasad sang hawa daripada menjadi mangsa kerakusan insan yang terlepas daripada tambatan keimanannya.
keenam,Sarungkanlah kedua-dua belah tangan kita dengan gelang sedekah dan jari-jemari kita dengan cincin ukhuwwah Islamiyyah. InsyaALLAH, kelak kita akan temui warga Sholihin yang nilaiannya melangkaui segunung emas permata.
ketujuh,Alunkanlah kemerduan dan kesyahduan suara kita dengan tilawatul Qur’an dan zikrullah. InsyaALLAH, berkat kekhusyu’kan dan penghayatan, hulwatul Iman akan dikecapi ruh kita sebagaimana lidah merasakan kemanisan makanan.
kelapan, Luruskanlah postur tubuh badan kita dengan ketulusan dalam menunaikan solat dan peng‘ibadatan kepada Yang ESA. InsyaALLAH, takkan DIA persia-siakan keikhtilasan atau keikhlasan atau keistiqomahan kita dalam mencari keredhoan-NYA.
Dan akhirnya…
yang kesembilan...Hembuskanlah nafas ta’abud wa taqarrub ila ALLAH S.W.T. ke dalam ruh dan sanubari kita. InsyaALLAH, selama itu takkan kita rasai ketandusan kasih sayang mahupun kegelisahan dalam kehidupan.
insyaAllah,tanpa perlu berhabis wang ringgit,dirimu kan jelita,cantik secantiknya tanpa sebarang alat2 bernama alat solek.
Rabu, Ogos 29, 2007
Jom kongsi make up.
Dicatat oleh ayongsiti di 8/29/2007 04:30:00 PTG
Label: buatmu wanita