Hidupnya Jiwa Adalah Kerana ILMU, Maka Rebutlah ILMU, Matinya Jiwa Adalah Kerana Kejahilan, Maka,Hindarilah Kejahilan. Biar Zaman Berubah, Tetapi Hati Jangan Goyah, Silakan Masa Berganti, Tetapi Keyakinan Jangan Mati, Ia adalah Intan Paling Mahal, Berharga dan Permata Penyeri Jiwa. Jaga Iman Kukuhkan Hati Demi Islam yang Hakiki...

Khamis, Oktober 13, 2011

suamiku...ini buatmu...

lame sangat dah x update,rase takde cerita untuk diceritakan..kalau ade pun ,macam tak perlu diheboh-hebohkan cerita dekat orang.nak reka post sendiri pun rasa belum cukup cerita nak dikarangkan.di samping sibuk melayan muhammad adam yang ibu sayang,sempatla jugak mencari-cari bahan bacaan ringan,,alkisahnye,bila terjumpe artikel menarik,copypaste ajela,boleh share dengan bloggers kat luar sane.kalau dah pernah bace,bace ajela skali lagi,ape salahnye..kalau belom pernah bace,jom bace sesame,best ni,kalau tak best,x copypaste nye..

cerita kisah rumahtangga,,,khas buat pasangan-pasangan yang telah berumahtangga.

Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran giler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut.
waaa... mana isteri ku...

Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.

fuuu.. lega..

“Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.“Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang..

lelaki tu pun berfikir...

Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no o

ne to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth…

hahaha... takde yg nak marah ku...

Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa...

Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.

Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia ..................................................................seumur hidup ???

ingat balik..



And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!!

SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU..

HARGAI MEREKA!!!!!

Dari ilham seorang lelaki.. “ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburukburuk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan”

sile share slpas mmbace agar lelaki tahu mghargai wanita ♥

thanks to fb Adoi!!!Bosannye

kesimpulannye,diadaptasikan dari kisah benar rasenye ni..lumrah suami dan isteri.kekadang suami geram ngan isteri,kekadang isteri geram ngan suami.kekadang,salah suami,kekadang salah isteri,kekadang memang salah dua-dua pon,kekadang tu,bukan salah masing-masing pun, tapi salah org lain..tak kiralah apepun,lumrahla tu...yang bercinta tu manis belaka,yang berkahwin tu manis masam pahit kelat,yang belum keduanya tu,haaaaa,ape lagi, besediala mempersiapkan diri untuk menghadapi manis masam pahit kelat semua tu ye....

Rabu, November 25, 2009

selepas beberapa bulan....


assalamualaikum...warahmatullahiwabarokatuh.
selepas beberapa bulan yang penuh dengan pelbagai agenda ni...sekarang baru ayong berkesempatan nak update.lame tu.....entry pun xde lagi..
tapi xpe...slow-slow lah kan...ayong tak menulis, masih ramai lagi bloggers seangkatan yang terus mencurahkan ilmu2 n pengalaman..bolehla kite same2 bace entry dorang kan..
ayong pun xdela penat nak fikir nak letak entry ape..muehehehe..xdelah.

untuk permulaannye,salam aidiladha tuk semua...
untuk pertengahannye,ayong dah ade baby..boy yang comel dan hensem dan kacak dan wangi dan baik.(sape lagi nak pujikan kalau bukan ibunye sendiri..).
untuk pengakhirannye, doakan kami sekeluarga di dalam rahmat Allah dan berbahagia selalu...kalau adam x kacau,adela entry baru kat sini nanti ye..kalau xde tu, faham2 ajela...si manje bucuk ni x bagila tu ibu die pay attention pd laptop aje..kene ade dekat2 die aje...(kadang2 tinggalkan jgk..hehe)

dan sebagai penutupnye, buat para2 wanita, nantikan entry ayong yang seterusnye,dengan tajuk >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

PAHALA BUAT IBU..(ayong nak share ngan sume.ayong dapat pun sbb abah yg bagi..2 weeks after deliver baby haritu,abah tinggalkan 3helai A4 dlm bilik,suruh ayong bacelatu..nanti ayong letaklah kat sini.sebenarnye dulu2 dah pernah bace,tapi x amik peduli sgt sbb mase tu belum bergelar ibu...sekarang ni,bile bace,terus masuk dlm memory.manela tau ade yg blom bace,bolehla bace same2 nanti ye.

ok...setakat ini sahaja untuk kali ini...nak tengok adam yg tengah nyenyak tido..hihi..omel ibu nantuk eaaa...:)

Sabtu, Mac 14, 2009

Doa Seorang Isteri..

Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yangterbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusanBimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan MuAku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,

Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi 'Alamin…….

Sabtu, September 06, 2008

auch!!!! adoiiiii!!!! sakitlah!

seorang pemuda yang sudah bertahun2 belajar di luar negara,akhirnya kembali ke tanah air.
Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang
guru agama, kiyai atau siapa saja yang mampu menjawab 3 pertanyaannya.

Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan seorang kiyai.

Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan
anda.

Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak
mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:
1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud Tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang
dibuat
dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki
unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda : (sambil menahan sakit) Kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3
pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya!
Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda : Saya tidak bisa.
Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan
kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari
saya hari ini?
pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar
anda?
Pemuda : Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat
dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang
menyakitkan untuk syaitan.

p/s from ayong :hmm,think about it!
kredit to:http://www.ktb.edu.my/forum/index.php?s=1986ef02445ac647e47b3a66806af1ac&showtopic=999

Jumaat, September 05, 2008

kun RABBANIYYIN,wala takun RAMADHANIYYIN...

sedar tak sedar...genaplah 5 hari dah kita berpuasa..rasa macam baru 3 hari,rupanya dah 5 hari pun menahan lapar dahaga..dah 5 hari juga kita mengejar pahala sunat bersahur,dan 5 hari juga kita mengumpul pahala bertarawikh.

bagi sesetengah orang tu, mungkin juga di bulan ramadhan ni perangai buruknya diganti dengan yang baik-baik..
dari ber- T-shirt,berubah ke baju kurung...
dari berkebaya ketat,berubah ke berbaju longgar..
dari free hair,berubah bertudung..
dari yang gemar merokok,ke tidak merokok lansung..
dari yang asyik bergayut bersama 'yg tersayang'(in bracket),ke hanya sms sekali shj..
dari melepak x tentu hala,berubah duduk di rumah bersama keluarga..
dari yang kuat tidur,berubah sentiasa bangun beribadah di sepertiga malam..
dari jarang-jarang membaca Al-Quran,berusaha mengkhatamkan 2/3 kali spnjg ramadhan..
dari yang jarang ke masjid,sentiasa menjadi tetamu tetap di Rumah Allah 5 waktu sehari semalam..
dari yang jarang solat sunat,kepada yang sentiasa berusaha melakukan yang sunat..
pendek kata,
dari yang buruk kepada yang baiklah!
hmmmm..begitulah hakikatnya di bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan ni.masing - masing mengejar untuk melakukan kebaikan dibulan ini.

anda bagaimana????sekiranya anda tergolong di dalam golongan seperti yang di atas, TAHNIAH.....berubahlah sebelum terlambat..bertaubatlah sebelum terlewat..
cuma, lakukanlah kerana ALLAH SWT,bukan hanya kerana kita perlu menghormati bulan RAmadhan sahaja.

"kun RABBANIYYIN,wala takun RAMADHANIYYIN"jadilah kamu orang taat kerana Allah...dab jangan kamu menjadi orang yang taat kerana Ramadhan..

Khamis, September 04, 2008

Grass is always greener on the other side

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita,
percayalah itu adalah yang terbaik.
Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian.
Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah?
'Grass is always greener on the other side'. Kan ?
Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.
Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.
Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai.....

Selasa, September 02, 2008

tepung goreng sotong

hari ni 2 september 2008..bersamaan dengan 2 ramadhan..
semalam,1 september 2008..bersamaan dengan 1 ramadhan telah ditinggalkan..
every 1st day ramadhan mesti ade every best moment die sendiri.kan.

sahur pertama kami seperti sahur ramadhan sebelumnya..dikejutkan oleh mama.(kalau tak dikejutkan,mama sorang ajela yang bangun)hehe...time kasih mama..banyaknye pahala mama kejutkan kami sume bangun sahur.selewat mana pun,kami mesti bangun sahur.waktu sahurkan waktu penuh keberkatan..

di waktu siangnya,kami dengan agenda masing..mama dengan tugas hariannya sebagai surirumah..kami anak2 perempuannya hanya membantu serba sedikit..the best about mama:tugasnya sentiasa selesai tidak kira waktu@ketika.mama kuat.in every single things.abah n yan tempatnya kat depan tv lah.memanfaatkan masa cuti dengan mengumpul 'ilmu permotoran','mengelilingi dunia',dan belajar 'memasak'.astro harus mengurniakan anugerah pada dua jejaka kacak ayong ni di atas kejayaan mereka dan kesetiaan mereka terhadap astro.
satu demi satu negara mereka 'jelajahi'.
satu demi satu ilmu permotoran mereka 'pelajari'
dan satu demi satu resepi,mereka bayangkan di kepala untuk berbuka nanti.
tak hairanlah masa mama bagitau abah nak ke bandar,abah sempat pesan,"nanti belikan abah sotong kurita..abah nak buat macam 'org' tu buat tadi.."
hihi...adoi..ayong nak tergelaklah.tula abah, tengok lagi tv tu siang2 hari.channel masak memasak plk tu, kan dah terliur.

Seawal jam 3 petang,ayong dah ikut mama ke bandar,beli groceries kata omputeh.
waaaaaaaaaaaa..luarbiasa betul semalam.macam2 ragam manusia.masing2 berpusu-pusu.
awal ramadhanlah katakan...mama kata,awal ramadhan memang macam gini..
terkejut ayong dibuatnye.bayangkan....satu pasaraya tu,penuuh..dah tak nampak barang yang nak dibeli,terselindung di sebalik kujur tubuh orang ramai.rimas pun ada.nak membayarnye pulak,faham2 ajelah..dalam keadaan manusia yang ramai tu,of courselah tiada kaunter yang kosong,bahkan,orang ramai yang beratur teramatlah panjang barisnye....sampai ke rak barang-barang...wawawawawa...mujurlah mama nak beli sikit je barang2..kalau tidak,makin lamalah kami berdua terpaksa mengharungi 'jam' tersebut.

selesai membayar,mama ajak ke bazar ramadhan..kata mama,"orang mesti tak ramai lagi ni, sebab awal lagi"..sampai2 aje...waaaaaa ramaije orang...mengalahkan payung2 bazar lagi ramainya.sebelum balik tu,ayong teringat pesan abah tadi.
"ma, abah suruh beli sotong kurita.".
"heh,jangan nak mengada-ngadalah, mana pulak ada sotong kurita mcm tu kat sini.ma beli sotong biase je"kata mama.
"emmm"ayong jawab.sambil mata melihat2 sekitar.ramainya orang..

hehe..beginilah agaknya awal2 ramadhan kan.hari pertama..jadi,semangatnya luar biasa sikit.lagipun,isnin kan cuti umum..masing2 mengambil kesempatan keluar bersama keluarga.dah kerja nanti,nak berbuka dengan keluarga pun mungkin tak sempat..macam abah ayonglah..hehe.kite tengok ye,berapa kali abah buka puasa dengan kami sume kat rumah.

sampai je kat rumah,ayong kemas2 barang tadi,sotong..abah yang masa tu baru balik masjid tanya ayong
"ade ma beli sotong utk abah yong?"
"ade"ayong jawab.
"tinggalkan je,abah nak masak"
ayong senyum je.."iye, nanti ayong cakap kat ma".

ayong pun pergilah ke dapur..menjenguk mama dengan dakwat sotongnya.
"ma, abah kate tinggal je sotong tu, abah nak masak sotong die"
"mama siangkan je.takdelah bersepah dapur nanti"jawab mama.

tak berapa lama lepas tu, adik bongsu ayong pulak datang ke dapur.
"ma, tinggalkan seekor sotong tu untuk dikyan.dikyan nak buat barbeque"
hikhikhik..ini mesti penangan tengok tv tadi nih...
abah ngan yan same aje..dua-dua teringatkan sotong kat tv.

seekor sotong dicapai dikyan."ma,nak masak ape sotong ni ha?"
"kate nak barbeque..pegila buat kat luar tu ha,tu ade api"sambil menyampuk,ayong tunjukkan unggun api tempat bakar sampah kat luar.
mama gelak.
saje ayong nak mengusik...gatal nak masak konon.getus ayong dalam hati.barbeque plk tu.seekor je pun.buat abis tenaga je bakar sotong.seekor.lainla kalau sekilo.semangat kali pertama berbuka lah katakan....

taklama tu,ayong tengok dikyan ambil tepung.hehe.tak jadi buat barbeque lah tu.
"ma, camne nak buat tepung die?buat sotong goreng tepunglah"kate dikyan.

"tepung dengan telur...telur tu buat separuh je,separuh tu lagi bak sini,mama nak goreng sotong kat abah"

"ape ma?tepung dengan telur?"tanye dikyan..
"iyeeeeeee"ayong nyampuk.
"macamni ke ma?"tanye dikyan sambil tangannya menunjukkan mangkuk berisi tepung dengan telur

"mak aiiii...ini nak buat sotong goreng tepung ke tepung goreng sotong....??????"
ayong tergelak dengan mama..kikikikikiki.
"sotongnye sekor,tepungnye setengah kilo"
aduhaiiiiiii dikyan.

"dikyan makan dikyan punye tu nanti,takpayah makan mama buat ni"
"hehe"dikyan sengih malu.
"tepung goreng sotong sekilo!!!!!siap!!!!!"gurau ayong.
berderai ketawa kami bertiga.

akhirnya,seekor sotong dikyan,menjadi dua,tiga ekor...
akhirnya,abah yang bercita-cita nak masak sotong untuk buka puasa pertama kami tetap setia bersama remote astro,
akhirnya,mama jugak yang masak semua juadah berbuka puasa kami semalam,
akhirnya,sambil menaip ni, ayong tergelak,tersenyum mengingat buka puasa kami semalam...
dan akhirnya...kami sekeluarga selamat menjalani puasa di hari pertama ramadhan kali ini...semoga ALLAH menerima ibadah puasa ayong sekeluarga.....

Isnin, September 01, 2008

september

assalamualaikum.....
ogos berlalu pergi,september pula datang mengganti....
malam 31 ogos dirai,1 september ramadhan pula menyeri diri..

salam ramadhan buat semua umat islam ..
juga buat sahabat2 seperjuangan di bumi anbiya' sana..
manfaatkanlah ramadhan di bumi penuh barakah itu sebaiknya....

Isnin, Ogos 25, 2008

need supporter to be successful??


*kita tak perlukan supporter untuk berjaya.
*kita tak perlukan orang lain untuk sokong @ push kita untuk kita capai kejayaan
*sebabnya,hanya diri kita sendiri yang boleh capai kejayaan tu.
*sepertimana ibubapa.mereka hanya mengharap anak2 mereka berjaya, tetapi anak2 tu sendiri yang boleh capai kejayaan mereka sendiri.

iyeke?????hmmm,terpulanglah pada diri masing2...
buat yang rasa sokongan n galakan dari orang lain juga penting untuk capai sesuatu kejayaan tu...pastilah takkan setuju dengan kenyataan ni.kan..macam ayonglah..i need it.really need it.

buat yang tidak tu...tidaklah...

*jangan takut dengan kejian,kerana kita takkan mati dek keji..
*jangan gembira dengan pujian, kerana pujian itu yang akan memusnahkan..

these two quotes,,ayong setuju sangat2..
sebanyak mana pun orang keji,caci kita, usahla bimbang...kita takkan mati dek keji..
tapi, berhati-hatilah dengan pujian..

RAHMAT @ ISTIDRAJ ?


ada orang yang yang berjaya itu sifatnya baik,berakhlak mulia,menghormati orang lain,menjaga maruah diri dan mempunyai segala sifat2 mahmudah yang lain di dalam dirinya..

ada pula orang yang berjaya itu bersifat buruk, berperangai jahat, melanggar perintah Allah,memiliki sifat2 mazmumah dan jelas terpancar pada dirinya bahawasanya dia seorang yang kurang baik, jahat dan sebagainya.

kedua-duanya berjaya.diberikan kejayaan.
itulah persamaan antara keduanya.

adilkah begitu????
bukan adil atau tidak yang patut dipersoalkan...tetapi,perhatikanlah kerana nyata perbezaan pada keduanya..

kerana yang pertama itu,kejayaannya adalah RAHMAT dari yang ESA kerana kemuliannya dirinya manakala yang kedua itu adalah ISTIDRAJ,iaitu pemberian dari ALLAH atas dasar kebencian,dan pemberian dalam keadaan marah dariNYA.

maka renungilah diri kita di bahagian yang mana...
adakah berjaya kita kerana RAHMAT dari ALLAH
atau....
adakah berjaya kita kerana ia adalah sekadar ISTIDRAJ sahaja.

salam ramadhan


CommentEstate.com: Click Here To Get One
Naruto Wallpaper - Chicken Recipes - Funny Stuff - Computer Geeks

Khamis, Ogos 14, 2008

cerita di sebalik melambatkan solat

forward msg dr seorang sahabat di friendster.
thanks to zinniera.

Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea

Jika berpuasa
Amalan kita
direct terus padaNya

Tapi
Jika bersembahyang
Ada posmen pula Untuk hantar amalan kita padaNya

Kisahnya…..
Setiap kita ada malaikat
Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita Pada Ilahi

Untuk sampaikan amalan kita
Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit
Dimana setiap penjaga tol,
Kroni malaikat juga

Jika sembahyang di awal waktu
Tolnya "free"
Sekatan tol tiada
Tiada "jem"
Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan
Untuk dinilaikan

Tapi
Jika sembahyang di akhir waktu
Tol free juga
Tapi sekatannya
MasyaAllah….

Di langit pertama,
Penjaga tol marahkan posmen kita
Kenapa lewat poskan amalan kita
Merayu-rayu posmen malaikat kita
Minta diberi laluan
Tetapi… penjaga langit pertama
Tidak heran
Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi
Maka..
Jatuh berderai…

Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita
Satu persatu dikutip
Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua

Dilangit kedua,
Samalah juga,
Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan
Merayu lagi posmen kita
Tak dipedulinya
Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi
Jatuh berderai lagi..
Dikutip satu persatu amalan kita
Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan

Dilangit ketiga,
Kena basuh lagi malaikat posmen kita
Kenapa lewat hantar amalan tersebut
Tiada kompromi
Terus dibaling amalan kita
Jatuh berderai amalan kita
Tak ade nilai….
Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi
Maka..

Tak sampailah amalan kita kepada Allah
Seolah-olah kita tak sembahyang juga

Maka…
Bersedialah kita menerima pembalasannya
Tak di dunia di akhirat pula
Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak,
Ujian bertimpa-timpa

Ish….
Tak berbaloikan kita buat amal
Tapi tak sampai
Dahlah tu Tak de nilai
Kena azab lagi nanti

Ya Allah…
Ampunkan kami…
Kerana lalai…
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
Lagi Maha Penyayang
Jadikan hati kami
Suka sembahyang di awal waktu
Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan
Biarlah kami gawat di dunia
Agar kami tidak gawat lagi
Di hari akhirat kelak.

Amin.

sekadar untuk dikongsi bersama..renung-renungkanlah.

Rabu, Ogos 13, 2008

INTEGRITI...IKHLAS


thanks to radio ERA .
petang rabu,13 0gos 2008.
diolah dr kata2 Dato' Dr fadzilah Kamsah.

apa itu integriti
-keyakinan diri
-berusaha untuk mencapai segalanya sehingga selesai.

apa itu ikhlas
-seekor semut hitam,di atas seketul batu hitam,di waktu malam kelam.

WOW!!!!..definisi yang cukup untuk membuatkan ayong terhenti sejenak.
.....
.....
.....
.....
memang pun..takde sape blh tau dan cari dimanakah ikhlas.hatta keikhlasan diri kita sendiri pun kita takkan tau wujud atau tidak..

huhu..

semoga kita masing2 punya SEMUT HITAM DI ATAS BATU HITAM DI MALAM KELAM kita sendiri...

Selasa, Ogos 12, 2008

utusan buat asatizah!


assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh......
hmmmmmm...ayong dah lame nak share cerita ni dengan bakal2 ustazah di luar sane.

kaifahalu kunna jamiii'an?

KEKURANGAN USTAZAH MAHIR BERBAHASA INGGERIS.

apa pendapat antunna semua dengan kenyataan ni?
pada ayong,ade benarnya..

selepas tersiarnya berita penentangan forum "memeluk islam" dalam berita beberapa hari lepas,muncul komen mengenai perkara ni.

ramai di antara masyarakat di luar sana terutamanya muallaf yang kurang jelas tentang agama Islam kerana masalah bahasa yang berbeza.
dinyatakan juga betapa perlunye ustazah2 mahir berbahasa antarabangsa itu untuk membantu menyampaikan dakwah pada muallaf2 yang kebanyakannya datang dari luar negara.hmmm,benarlah,memang itu perlu.

jadi, apa yang patut bakal2 ustazah lakukan???
fikirlah sejenak ye!
mungkin ada yang bakal menjadi satu antara beribu ustazah yang bukan sahaja mahir berbahasa ibunda,bahasa Al-Quran,malahan berbahasa yang digelar bahasa antarabangsa ini.agar niat utama dapat dicapai,semuanya untuk Islam,LILLAHITA'ALA.

********************TIDAK SEMESTINYA KEBERANIAN ITU TERTEGAK DENGAN PEDANG ATAU PARANG,MUNGKIN IA TERTEGAK DENGAN DAKWAH DAN NASIHAT***************************

pinta mama


sobs
sobs
sobs..

its hurt.
this is not the first time mama asking me to do this.

kate mama,
"ayong nanti kalau mama dah takde,jage adik2...bahagi samarata ape2 barang mama ni same adik2..jgn buat2 tak tau plk kat diorang..yas,lah ngan yan tu adik2 ayong..ape2 nak buat dengan barang2 mama tu bincang ngan diorang...panggil.yas,lah,yan,meh dt ayong..ape kite nak buat dengan barang2 mama ni..tanyela diorang, kalau nak,amikla..kalau taknak, bagi dekat orang.."

ayong senyap je.sempat toleh mama kat seat driver.xsuke dengar semue ni sebenarnye.hate it soooo much.
x dapat ayong bayangkan ayong ngan adik2 tanpa mama.bukan tak percaya pada qada' qadar Allah, cume memang itu yang ayong fikir.

mama sambung lagi..
"tapi yong, ingat...pesan kat adik2...kalau nak bagi kat orang, tengok2la orang yang buat amal ibadat, jage solat..biarlah yang kaya pun, janji kalau dorang buat amal ibadat, lagi elok.jangan bagi pada orang yang tak tentu hala"

fuhhhh...dahlatu mama..gumam ayong dalam hati..
berat betul pesanan mama tu...bkn berat tuk ditunaikan, tapi berat tuk diterima telinga..

"harta ni,blh buat keluarga,adikbradik pecah belah..tu lah mama pesan awal2 ni.mama taknak ayong jadi mcmtu dengan adik2 nanti.jage dorang elok2.."

iye ma....iye..
ayong will...moge dengan doa mama,kitorang adik bradik takkan pecah belah semata2 kerana harta dunia..insyaALLAH...

ya ALLAH , bantu hambaMU.

Jumaat, Ogos 08, 2008

lihat ke bawah.....



hmmmmmmm...a very good tajuk untuk di kongsi bersama...

orang zaman sekarang ni,x pernah rasa cukup dengan apa yang ada.fitrah.bak kata orang, fitrah manusia memang begitu.xkan pernah cukup dan xkan pernah puas dengan apa yang ada.lebih2 lagi kalau tengok orang lain lebih cukup serba serbi dan lebih segala2nya dari dia..

"cantiknya rumah dia..."
"besarnya rumah dia..."
"mahalnya kereta dia.."
"banyaknya duit dia.."

"cantiklah baju dia.."
"mesti mahal laptop dia.."
"waaaa..gucci tu beg dia.."

ataupun,

"bestnye kalau ade rumah mcm tu."
"kalau kita kaya macam dia kan best.."
"kalau kita ada kereta mcm dia kan best.."

macam2 lagi lah dialog yang memang kita dah selalu dengar.kan...sesiapa yang lebih dari kita,sentiasa kita nampak.cari lebih mereka,supaya kita ada apa yang mereka ada.walaupun sepatutnya,kita sepatutnya dh cukup selesa dengan apa yang kita ada.

cubalah kita tukar sikit mentaliti kita ni,biar selalu pandang,lihat ke bawah...teliti pada orang2 yang di bawah kita..betapa kurangnya mereka dari kita sebenarnya.

andai kita selesa berkereta,mereka??bermotorsikal,berbasikal,entah2,berjalan kaki sahaja.

andai kita berumah besar,mereka??mungkin hanya berlindung dari panas terik mentari dan hujan basah di bawah pondok yang layak di gelar reban ayam sahaja..

andai kita cukup makan , pakai, mereka??entah ada entahkan tiada..

bersyukurlah...usah selalu mendongak membanding dengan yang di atas,adalah lebih baik,lihat2lah ke bawah supaya kita sedar..betapa beruntungnys kita berbanding mereka...

thanks to tazkirah hot fm.
jumaat,8/8/2008

Rabu, Julai 30, 2008

pisang 0h pisang,sayang nak tebang...


"yong...tebang ke?"abah bersuara.
"tebanglah abah..kene saman ngan majlis perbandaran karang..abah jgk yg ssh.."ayong memujuk.
"sayangla abah nak tebang.."jawab abah.sdih je muke abah mase tu..
"nak buat camane bah...elok abah tebang sementara die tak berbuah lagi.karang kalo dah berbuah, lagi sayang nak tebang.."ayong tak kire..apepun,ayong kene pujuk jgk abah.

"tebang ajela...."mama mencelah.sambil geram kot tu sbb dh sebulan, abah x mo tebang2 jgk pokok2 pisang depan pagar rumah.
bukan sebatang..
bukan 2 batang..
bukan jugak 3 batang...
tapi.......
7,8,9 batang pokok pisang tersusun kat luar pagar rumah.
melambai2....bak penyambut tetamu pada sesiape jua yang melalui rumah kami ni.

abah senyap...
kejap pegi tengok pokok pisang yang sebelah sini..
sekejap pegi tengok pokok pisang yang kat sebelah sane.
berfikir agaknye..

ayong ikut je mane abah pegi.
abah pegi sane ayong pegi sane.
abah pegi sini ayong pegi sini...

kat pokok pisang yang paling hujun abah benti.
"tebang ke yong..?"sayu abah tanye.
sambil tangan abah cantas daun2 pisang yang kering.
"tebangla bah..."
abah senyap je.
"tak pun, abah koreklah tanah die, kite alih tanam kat belakang".
dalam hati ayong : belakang..?kat mane lagi abah nak tanam?kat blakang pun dh banyak pokok pisang.kawasan belakang yang seluas separuh gelanggang badminton tu dah penuh dengan pokok2.pokok pisang..jambu...sukun..rambutan...dragon fruit pun ade.dengan sebatas kacang botol yang dah bcampur2 ngan kangkung.tapi takpela..kot abah nak tanam jugak pokokpisang yang kat luar tu jugak, ayong buat2 lupe jelah yang kawasan blakang tu dhpenuh.kesian plk kat abah.sayang betul abah kat pokokpisangdie.

"bah,nak tebang ke nak angkut bawak masuk dalam tanam kat blakang?"
"tebang ke yong?abah tanye lagi.
"ikutla abah.."sayu lak ayong abah tanye2 macam nak ayong sebut 'takyahlah bah'.

tas..tas,...tas... parang di tangan abah libas.
tas..tas..tas...tumbang si pokok pisang....
abah tebang jugak akhirnye.

"nak tebang sekejap je" sambung abah.
"nak tanam ni dulu..lamenye abah tunggu....berbulan2..."
"tu la sebab abah sayang nak tebang.abah tanam dr die kecik...sampai besar ni.bile dah besar mcm ni, kene tebang."
"orang yong...macamnila.kalau kite sungguh2 usaha kan sesuatu..kite mesti sayang sangat2 kat barang tu."

"bukan macam ma kamu tu...die tak tanam...tu yang die pun beriye suruh abah tebang tu." hehe..abah sempat nyindir mama yang tengah mengorek n mncantas2 pucuk ubi kat pagar belah sane.

"awak tu memang..."mama pulak menjawab.hihi..ayong dok tengok je diorang berdua bebel..seronok tengok ma ngan abah ni gaduh mulut..kuikuikui.
"saye tak suruh awak tanam pokok pisang kat depan umah..org depan rumah tanam pokok bunge..awak tanam pokok pisanglah, ubilah..manela orang tak marah.."
hehe..betul gak ckp mama.
memag xde pun org kat taman perumahan ni tanam pokok berbuah kat depan pagar.
lagipun, ikut undg2 majlis perbandaran,x boleh...untuk menjauhkan dari ancaman si haiwan perosak durjana.tapi abah ni, minatnye kesitu...jadi, die tak kisah dah, asal ade tanah je.

"nanti, kalau kene saman,baru awak tau.."mama menyambung lagi.
hihi...nasib baik mama smash abah sikit je.

tapi, abah pun betul jugak...mane die tak sayangkan..sebab die yang tanam...

sejak dari haritu sampai harini,ayat abah tu tengiang2 lagi kat telinga ayong.
"kiteni, kalau kite yang usahakan sesuatu,kite mesti sayang sebab kita dah susah payah buat untuk dapatkan.."

betullah tu.sangat2 betul bah..termenung ayong kejap lepas abah cakap camtu.

"yang ni yong,nak tebang jugak ke?"abah tanye lagi.
"tak payahlah bah.esok2lah pulak."tak jadi ayong nak suh abah tebang semuenye.
"yang tu pun tak payahlah yong ye..abah sayanglah.sebab tengah berbuah"sambung abah, sambil tangan die capai setandan pisang yang hijau lagi warna die.
"he'emm..yang tu tak payahlah bah...sayang pulak.ayong tengok pun tak sampai ati nak tebang.kite tunggula sebulan due lagi baru kite tebang"
dalam hati ni sebenarnye ayong takut,takpe ke tggu sebulan due lagi?

"abah dah bersihkan kawasan ni elok2..abah rase takpekot..."jawab abah, macam tau2 je ape ade dalam ati ayong.hehe.

habislah sepetang tu kami bersama si pohon pisang..

moral of the story..:
1)sayangilah kedua ibubapa anda..sebab ayong sayang mama abah ayong...(wlaupun out of topic,tapi taklah,in topic gak ape..)
2)tanamlah pokok pisang di tempat yang sepatutnye...(abah tanam kat tempat yang sepatutnye..cume..)
3)bila kita mengusahakan sesuatu...kita mesti sayang lebih pada benda tu.jadi, kalau nak buat ape2, sungguh2lah sikit...(hmm?ape ayong tulis ni???)
4)contohilah abah...sayang dengan apa yang diusahakannya..
5)contohilah mama...tolong jugak abah walaupun geram kata abah..
5)contohilah ayong..sebab....(eh, tak payahlah.sebab ayong anak mama abah,jadi, sesape yang contohi mama abah mesti automatically contohi ayong jugak.hehe)
6)jadilah seperti pokok pisang...walaupun hidupnya sekali cume..tapi buahnya banyak x terkira..

dahla tu.penatla.
moral of the story ni sebenarnye ayong nak cakap pasal something yang memang very2 important tau,which is......
7)patuhilah arahan majlis daerah untuk tidak menanam tanaman kontan (iaitu pohon bebuah).kerana ini akan menggalakkan lagi haiwan perosak yang jahat seperti sitikusperosak yang bukan sahaja dapat mencari makanan sesuka hati, malahan akan mengganggu gugat ketenteraman jiran tetangga yang lain apabila mereka si perosak ini membiak.....

ok...itu saje..
pisang 0oo pisang..abah sayang nak tebang pun, nanti kene tebang jugak..

Isnin, Julai 28, 2008

didedikasikan buat yang mahu...


Di sini ....kita pernah bertemu
mencari awan seindah pelangi
ketika kau menghulurkan tanganmu
membawaku ke daerah yang baru

dan hidupku kini ceria....

kini dengarkanlah
dendangan lagu tanda ingatanku
kepadamu teman
agar ikatan ukhwah akan bersimpul padu
kenangan bersamamu
tak kan ku lupa
walau badai datang melanda
walau bercerai jasad dan nyawa...

mengapa.... kita ditemukan
dan akhirnya kita dipisahkan
mungkinkah menguji kesetian
kejujuran dan kemanisan iman
tuhan berikan aku kekuatan...

mungkinkah kita terlupa tuhan ada janjinya
bertemu berpisah kita adalah rahmat kasihnya
andai ini ujian terangilah taman kesababaran
pergilah gelita
hadirlah cahaya...........

Ahad, Julai 27, 2008

ingat AllAH kah kita sampai saat nyawa ditarik dari jasad?


3 hari selepas kembali menjejakkan kaki ke bumi bertuah, Malaysia,ayong n adik ikut abahma pusing2 kl.selangor actually.hihi.
from banting, to jln kebun,to kota kemuning n to shah alam..ade urusan yang perlu diselesaikan.
on the way back home tu, abah have a very good story for us..huhu..really2 a good story..permulaannya tu sbb kami tgh bercerita pasal haiwan..unta,himar.
tiba2 termasuk cerita parrot.huhu..burung kakak tua kalau ayong tak silap.(betulla..)

abah said....

dulu2, ade sorg ahli sufi,dia sseorang yang kuat agama..yang memiliki seekor burung kakak tua.hmmm..dia sayang sangat2 dekat burung kakak tua die.
oleh kerana sayangnya yang teramat pada burung kakak tuanya tu, maka, dia pun ajarla burung kakak tua die sebut ALLAH.tiap2 hari dia ajar.sampaila
burung tu akhirnya pandai menyebut AllAH..
sambil2 abah bercerita tu, kami berdua kat seat belakang ni pun, mencelah2 lah..

ayong : a'a..mcm singa dlm youtube yang boleh sebut 'ALLAH' tu..alah tengok tak?
alah : tengok..ayong tgok x org alih kubah masjid gune zikir tu.
ayong : tengok...tengok...yeke tu?tapi ayong x dapat tengok sampai habis sbb die
asyik sangkut2 je.
alah : betulla kot..sbb org ramai2 zikir kat bawah tu.
(uuups.....terkeluar tajuk).

oleh kerana celahan kami berdua begitu panjang untuk distorykan...kite terus pade cerita abah ye.
then, kate abah lagi...sampaila satu hari tu...tuan burung kakak tua ni terlupa nak tutup pintu sangkar burung die..jadi....datangla seekor kucing
pegi terkam burung tu...
"aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!" jerit burung kakak tua kepunyaan ahli sufi tu.lalu...mati.
jadi, menangislah ahli sufi tersebut...teresak2...seolah2 dia dalam kesedihan yang amat sangat.

melihat keadaan tuan guru mereka yang didalam kesedihan maka, bertanyalah anak2 murid si Ahli sufi.."wahai tuan guru, mengapa kami lihat tuan guru amat bersedih di atas kematian burung kakak tua ini...
kalau tuan guru mahu,
kami boleh belikan burung yang lain sebagai ganti..."
then, abah tanye : "alah, agak2 ape ahli sufi tu jawab? die sedih sbb burung tu mati ke?"
alah :" tak..alah tau, die sedih sebab burung tu mati tak sebut ALLAH."
abah :" em....betul......"
macam kitala manusia ni...mase hidup kita, kita boleh sebut ALLAH selancar2nye.bila datang malaikat penyabut nyawa nanti, yakin ke kita, kita boleh sebut
dan ingat ALLAH sehingga ke hembusan nafas terair kita??

hmmmmm...lame jugak ayong terdiam, duk fikir betapa betulnya kata abah.itu burung,nothing to do with it biarpun matinya tanpa mengingati ALLAH.tapi kita,
manusia ni.....its 'something'.mahu kah kita, mati kita nanti tanpa mengingati ALLAH???

Selasa, April 29, 2008

imtihan menghampiri diri2 kami disini...

imtihan qarib!
seram...
perasaan yang acap kali muncul di benak tiap kali ia datang.
kali ini, ia datang lagi..
seram...
kali ini, keseramannya lebih!
acap kali juga putus asa menyinggah.
macammana ni..?
seram...
apa jua perasaan yang dtg,ditepis laju.
tapi,
seram tetap mengunjungi.
tepisan demi tepisan,
seram kian datang lagi....

sahabat2 di morocco sudahpun melalui saat2 yang cukup menyeramkan ni.tetapi kami di sini,sedang bertungkus-lumus untuk bersiap sedia menghadapinya...

memang cukup menyeramkan.

huhu.imtihan memang menakutkan.

buat sahabat2 seperjuangan,salam imtihan...doakan kejayaan bersama..
akhir kata buat semua.....:
"saat kejayaan ditagih,usaha itu menjadi taruhannya,
saat kejayaan diharapkan,kosentrasi itu menjadi ukurannya,
saat kejayaan itu diimpikan, angan-angan itu menjadi peransangnya,
saat kejayaan itu didambakan,padaNYA saja disandarkan segalanya..."

hari ini dalam sejarah

listen through the lyrics

kerana ALLAH sentiasa bersamamu

kerana  ALLAH sentiasa bersamamu