Sabda Rasululah s.a.w yang bermaksud:hindarilah dari membicarakan hal dan keaiban orang lain (mengumpat).Di dalamnya terdapat 3 bencana:
1-Doanya tidak akan diterima oleh Allah swt
2-kebaikannya ditolak.yakni tidak mendapat apa-apa ganjaran pahala
3-menambah dosa dan keburukannya.(Ali bin Abi Talib r.a)
Diriwayatkan oleh zubdah: tiga perkara yang tidak akan lebih berat timbangannya disisi Allah daripada sayap lalat:
1-Solat yang tidak disertakan dengan ketaatan dan kekhushukan
2-zikir secara tidak sedar,kerana Allah swt tidak akan menerima doa orang yang batinnya tidak sedar.
3-membaca selawat untuk nabi tanpa disertai dengan niat dan hormat.
Orang-orang fakir yang beriman dan sabar akan dikurniakan tiga perkara di dalam syurga yang tidak diperolehi oleh orang kaya:
1-kamar yang diperbuat dari intan merah yang tidak dimasuki kecuali para nabi,orang yang mati syahid dan orang-orang mukmin yan fakir.
2-masuk syurga terlebih dahulu daripada orang-orang kaya.
3-andai mereka membaca: “Subhanallah wal hamdulillah wa lailaha illallah wallahu akbar” mereka akan diberi ganjaran yang tidak diberi kepada orang kaya walaupun mereka menyedekahkan 10,000 dirham.(tanbihul ghafilin)
Manusia akan dihimpunkan di padang mahsyar dalam 3 golongan iaitu:
1-satu golongan yang berjalan kaki.
2-golongan yang menaiki kenderaan
3-golongan yang berjalan dengan wajah-wajah mereka.
Manusia akan dihisab di Hari Kiamat dalam 3 peringkat:
1-dihisab dengan mudah-(orang-orang yang bertaqwa)
2-mereka yang dihisab dengan berat-(orang-orang kafir)
3-mereka yan dihisab dengan pelbagai pertanyaan namun mereka selamat –(mukmin yang derhaka). (durratun naasihin)
Nabi Muhamad s.a.w bersabda yang bermaksud: tiga golongan yang tidak dapat melihat wajahku:
1-mereka yang menderhaka kepada kedua orang tuanya.
2-mereka yang meninggalkan sunnahku
3-mereka yang tidak berselawat kepadaku bila namaku disebut.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:Aku telah memasuki syurga dan mendapati tiga baris kata-kata tertulis pada pintunya:
1-Tiada Tuhan selain Allah,Muhammad itu Pesuruh Allah.
2-Telah kami dapati apa yang kami usahakan,dan kami beruntung daripada apa yang kami makan,dan kami rugi pada barang yang telah lepas.Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud :”pada saat setiap orang mendapat ganjaran daripada apa yang telah dikerjakannya dari kebaikan dan kejahatan yang telah dilakukannya,maka dia suka seandainya antara dia dan kejahatan itu aa satu waktu yang amat jauh”
3-Umat yang berdosa dan Tuhan yang Maha Pengampun.
Selasa, November 27, 2007
3 serangkai.
Dicatat oleh ayongsiti di 11/27/2007 12:09:00 PG
Label: ilmiah