Hidupnya Jiwa Adalah Kerana ILMU, Maka Rebutlah ILMU, Matinya Jiwa Adalah Kerana Kejahilan, Maka,Hindarilah Kejahilan. Biar Zaman Berubah, Tetapi Hati Jangan Goyah, Silakan Masa Berganti, Tetapi Keyakinan Jangan Mati, Ia adalah Intan Paling Mahal, Berharga dan Permata Penyeri Jiwa. Jaga Iman Kukuhkan Hati Demi Islam yang Hakiki...

Khamis, November 22, 2007

hari yang penuh semangat!

21st november 2007.

(semangat 1)

"cuti 2 hari atas urusan tahlil dam (amik darah)di kaherah mesti dikekalkan 2 hari sahaja..jangan di tambah2"bisik sang otak di kepala pada sang naluri di hati.syukur,naluri di hati tekun menerima bisikan tasyji'itu.faham2 sajalah kuliah tidak wajib..terpulang pada duktur (pensyarah lelaki) dan dukturah (pensyarah wanita) untuk mewajibkan pelajar2 untuk menghadiri kelas mereka...
slps sarapan,kaki pun melangkah memulakan perjalanan ke kuliah yang hanya beberapa minit perjalanan.hujan renyai2..menandakan musim sejuk sudahpun bersedia menggantikan musim panas yang kian pergi.sejuk!!bisik sang jari di tangan.sang otak menyampuk lagi : "jangan patah balik...biar lambat sampai,jangan tak sampai lansung".balas sang hati yang tadi terasa ingin mengundurkan kaki kembali "ish,tau-tau ajela si otak ni..sejuk ni...mesti ramai tak pergi kuliah".tanda protes pada sang otak yang tetap bersemangat untuk terus memaksa diri ini tetapkan terus meneruskan perjalanan ke kuliah.

(semangat 2)

mmmmmm tramco ke jalan kaki?tramco ke jalan kaki?.jalan kakilah.sengaja diri memilih berjalan kaki.almaklum sajalah dengan cuaca hujan sebegini,tramco sedikit,ops pembetulan,akan teramat kotor untuk dinaiki.tambahan pulak mesti penuh.ambil tramco di mahattah sajalah.-tamat episod perjalanan ke kuliah-

(semangat 3)

tepat 915 pagi.
dewan kuliah di tingkat 3 kosong.empty.hanya seorang makcik yang kebiasaannya di panggil ablah dikalangan kami yang ada di dalamnya.menghabiskan kerja-kerja akhir membershkan dewan mungkin.terdengar bebelannya seorang diri.mungkin tanda tidak suka pelajar lalu lalang sebelum dia menyelesaikan kerjanya.sekitar dewan kuliah masing kosong.sang hati mula mengagak."kalau tak datang pun takpe tadi..takde orang pun".sang otak yang mendengar "sabarla...hujan...smue orang datag lambat...".balas sang hati "ish, menyampah.sibuk je".terlihat marwah,salah seorang teman arab turut menjenguk ke dalam dewan.lantas diri mendekati.
"amla eh" tanyanya.
"quwayyisah,alhamdulillah.wa enti?"
"alhamdulillah..."balasnya.
dia hanya berdua,di mana ma'ali dan iman?lantas diri menyambung perbualan.
"fin nil ma'ali?"
"lessa gai."jawabnya..
"mesyi.."
lenguh berdiri di tangga,diri menapak ke tingkap menjenguk suasana luar bangunan kuliah.cantik.besarnya pokok.hijau pulak tu.bukan selalu dapat tengok pokok besar2 yang hijau2 di sini.lama diri merenung,lantas berpaling.eh,marwah melambai dari jauh.tanda mengajak masuk.terasa diri dihargai teman walaupun berlainan negara.ablah sudahpun memberikan lampu hijau pada kami untuk masuk ke dalam dewan kuliah.syukran ya ablah.alhamdulillah..penantian satu penyiksaan.alhamdulillah juga buat kali keduanya kerana tidak perlu ke barisan tempat duduk belakang.itulah untungnya datang awal.hehe..syukurnya diri.tempat setentang duktur dibersihkan,lantas diri ini duduk.duktur lambat lagi..seperti biasa..hati lantas berbisik "kan bagus anak murid tunggu guru.."iya,betul kata hati.

(semangat 4)

panat menunggu,sang mata memandang tepat ke pintu kuliah merenung teman arab dan wafidat masuk satu per satu.tiada.ke mana mereka?belum atau tidakkan datang?tup!muncul sekumpulan kakak warga pattani.salah seorangnya dikenali.bersebelahan rumah.lantas diri menyapa di saat dia melangkah masuk.
"assalamualaikum akak.."sang diri mula menyapa.
"waalaikumussalam..sihat ko?"balasnya dengan loghat pattani.
"sihat.."
"kelas dok sini ko?"pelik diri mendengar soalan dari kakak thailand ini.mengapa?setahu diri,hanya fiqh syafie yang bertempat di bilik tutorial tidak di dewan kuliah atau mudarraj.subjek yang selainnya semua di mudarraj.
"kenape kak,duktur ade ckp pindah kelas ke sebelum ni?"tanya diri menginginkan kepastian.risau.mungkin juga kerana mudarraj masih kosong walaupun jam sudah menghampiri 930 pagi.
"dok..kawe2 ghoyak kelas tuko tempat lain.takut jugo sebab kak pun dok tahu sebab kak pun baru masuk kelas.sebab sibuk baru sapa dari kaheroh"balas kakak thailand bersungguh2...
"ooooo..yeke..takdela kak..kelas tak pindah..saye ingat duktur yang ckp kelas pindah..taklah..aritu saye masuk,kelas kat sini.."balas diri..
"hoo..dakpela kalo gitu.."si kakak terus melabuhkan punggung di tempat duduk sebelah.
diri yang lega dari perbualan tadi membuka kitab,membelek2.kebosanan.
"bacola qur'ea...bia penggal ni abih tigo suroh, penggal depe tinggal lagi tigo suroh jo.nok perabih ene suroh jo perabih penggal depe dok sempatnyo.."tegur kakak thailand.
hihi....zuuuuuuk!!!!terasa satu semangat menyerinap masuk melalui salur2 darah meresap ke kepala,otak,hati jantung dan ke segenap penjuru anggota diri.terima kasih kakak atas teguran yang membina!.
"hihi...""nasib akak ade ingatkan saye...nantikan, hari2, akak tasmi'kan sayelah.satu muka satu hari boleh tak???"tanya diri walau tau ketidak kemampuan.tapi diri tetap dengan keputusan.mungkin kakak ini Allah swt turunkan sebagai satu rahmat buat diri.diri yang sememangnya memerlukan sang pengobar semangat dan penegur di kala lalai dan leka memang menanti seorang insan seperti kakak ini sebagai peniup inspirasi.dia tidak takut untuk menegur walau kami tidak sekenal mana, baru 2, 3 kali menyapa dan terkadang bermasalah dalam memahami masing-masing punya bicara,namun,dia tetap menegur.dan tegurannya memang kene pada tempatnya,masa dan ketikanya.
"boleh jo...""samo2lah kito.."jawabnya.
hati berkata :"chaiyok,chaiyok!!!!!!!!"
hehehe..semangat naik lagi.

(semangat 5)

kami akhirnya menghentikan perbualan.kakak thailand terus membuka mushafnya dan diri turut melakukan yang sama.5minit berlalu.terdengar bising suara pelajar arab.iman n the gang sampai...duduk di barisan hadapan,berhadapan dengan barisan kami.
"ya fatma..."seru iman.
"ya imannnnnnnnnn...."balas diri.lama tidak ketemu, terasa janggal untuk berbual kembali..
"fin anti...?"
"hmm..kullu yaum,mafish makan uddam.ana fil wara.."jawab diri menyusun kata.lidah malaysia masih membelenggu.tidakpun sampai 3 bulan bercuti.itulah penangan negara sendiri."aiza u'ud bijanibi anti"
"aooo.mesyi.bukra" dan ayat seterusnya yang sedikit panjang tidak dapat ditranslate di sini.kerana diri tidak kuat untuk mengingati kembali lahjah ammi nya tadi.sefaham diri,iman memesan,esok hari, dia kan menjaga satu tempat duduk buat diri.betul2 disebelahnya.haaaaaaaaaaaaaaaaaa...terharunya diri...iman yang baru bertegur sapa dengan diri hari ini stelah 4 bulan berlalu masih mengingati sang diri...diri bersemangat lagi!besok hari,nak bermuamalah kembali dengan iman ,marwah dan ma'ali agar lahjah arab ammi tidak hilang dan kekok di bibir diri lagi.....agenda besok hari juga,semoga iman, marwan dan ma'ali dapat membantu diri menterjemahkan kembali nota bertulisan pelajar arab yang kurang diri fahami....
semoga hari2 seterusnya diri ini kan bersemangat seperti hari ini.....

p/s:cerita sekadar perkongsian.ambil yang baik,buang yang tidak baik.maaf andai ada bahasa yang kurang difahami.maaf juga andai bahasa terlalu formal.semoga kita bertemu di lain hari......doakan ayong bersemangat lagi...hehe..

hari ini dalam sejarah

listen through the lyrics

kerana ALLAH sentiasa bersamamu

kerana  ALLAH sentiasa bersamamu