selalunye,kita asyik baca mengenai wanita idaman lelaki je.kali ni, kita baca yang sebaliknya pulak..
lelaki idaman muslimah
Biarlah dia seorang yang buta,Kerana matanya sunyi dari melihat perkara-perkara maksiat dan laghah. Kerana kedua matanya terpelihara dari memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhati keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya
Biarlah dia seorang yang bisu Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracun fikiran Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
dan dia lantang menyuarakan kebenaran
Biarlah dia seorang yang bakhil Bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan mahramnya Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah dengan Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya bahkan nyawanya demi melihat kalimah syahadah Kembali megah di muka dunia
Biarlah dia seorang yang papa,Papa dalam melakukan perkara maksiat,Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah dan tidak bermanfaat,Papa memiliki akhlaq mazmumah
Tetapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan,Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlaq dan budi pekerti yang mulia,Dia begitu kaya dengan sifat sabar
dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian untuk menjadi seorang syuhada
yang syahid di jalan Allah.
p/s : renungan untuk ikhwah ni.akhawat di lain posting InsyaAllah.
Isnin, November 12, 2007
lelaki idaman?????????
Dicatat oleh ayongsiti di 11/12/2007 04:44:00 PG
Label: buatmu lelaki