Amalan kita sebenarnya berkait dengan apa yang kita masukkan ke dalam perut kita.Oleh itu,ambil beratlah tentang apa yang kita suakan kepada mulut kita.dalam menentukan kebaikan sesuatu makanan tu,yang utama ialah adakah ianya HALAL.Semestinya apa yang kita makan itu mestilah halal..diusahakan secara halal,berasal dari benda yang halal,dilaburkan dari unsur yang halal,modal pengurusannya halal,pelaburan ke atasnya juga halal, dan kaedah pengendalian terhadapnya juga halal.
Selain dari itu,makanan itu juga mestilah baik,segar,bersih dan baik.segar dan bersih supaya kesihatan si pemakan ,iaitu kita terjamin,baik pula, baik dari segi pembungkusan,dan segala aspek yang terlibat dengannya supaya makanan tersebut tidak dan bukan tercemar.gabungan dari kedua-dua unsur ini akan menghasilkan pelbagai keberkatan dan kebaikan.dibenarkan di sisi syariat,baik dari aspek kesihatan,kecerdasan akal,zat, dan juga khasiatnya.
Islam telah mengajar umatnya supaya makan makanan dari sumber yang halal sepertimana
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Makanlah apa yang dikurniakan Allah kepada kamu daripada makanan yang halal lagi baik.Bersyukurlah dengan nikmat Allah jika kamu bnar-benar menyembah Allah.Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai,darah,daging babi,dan binatang sembelihan bukan kerana Allah.Maka sesiapa yang dalam keadaan terpaksa memakannya sedang ia tidak sengaja dalam mencarinya sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(al-Nahl.114-115)
Tiga bahaya besar yang terhasil daripada memakan makanan yang bersumberkan makanan yang haram samaada ia dicampur najis atau tidak ialah pertama, ia akan mempengaruhi jiwa pemakannya sehingga dia akan lebih menggemari kejahatan dan maksiat dan membenci kebaikan.kedua,doanya tidak akan dikabulkan oleh Allah SWT,dan yang ketiga,dia akan mendapat siksa di akhirat kelak.
Dalam aspek pemakanan juga,ayong nak tegaskan bahawa kita seharusnya lebih peka dan berhati-hati kerana penyakit yang datang itu kebanyakannya bermula dari perut.datangnya dari perut di mana di perut kitalah masuknya pelbagai jenis makanan yang mana sebahagiannya adalah baik bagi kita dan sebahagiannya lagi tidak.yang ‘tidak’ ini adalah apabila kita makan secara melampaui batas.
Mengenai hal ini, Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud: “perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat.biasakanlah setiap tubuh apa yang lazimnya”.jadi, makanlah sekadarnya..seperti Sabda Nabi SAW yang lain yang bermaksud:”Makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang”..
Tapi orang sekarang ni,tidak semua, tapi kebanyakannya makan selagi mampu..tak gitu?pesanan buat diri ayong sendiri dan juga readers n bloggers >>
sesungguhnya besederhanalah di dalam semua perkara..besederhanalah juga di dalam menjaga perut kita.sememangnya penyakit itu kan kunjung tiba andai kita tidak menjaga pemakanan kita sebaiknya.kelak, jangan dikesali atas penyakit yang menimpa yang disebabkan apa yang telah kita makan hari ini..
Isnin, November 12, 2007
makan = perut vs amalan vs kesihatan
Dicatat oleh ayongsiti di 11/12/2007 04:33:00 PG
Label: ilmiah