Hidupnya Jiwa Adalah Kerana ILMU, Maka Rebutlah ILMU, Matinya Jiwa Adalah Kerana Kejahilan, Maka,Hindarilah Kejahilan. Biar Zaman Berubah, Tetapi Hati Jangan Goyah, Silakan Masa Berganti, Tetapi Keyakinan Jangan Mati, Ia adalah Intan Paling Mahal, Berharga dan Permata Penyeri Jiwa. Jaga Iman Kukuhkan Hati Demi Islam yang Hakiki...

Khamis, November 15, 2007

dahan,pangkal dan buah IMAN bagi manusia yang BERIMAN

sepertimana nasihat Abu Bakar AR-Razi, Iman di dalam hati orang-orang yang beriman itu ibarat pohon yang mempunyai tujuh dahan:-

1-dahan yang berpangkal di dalam hati-dan buahnya adalah kemahuan yang benar
2-dahan yang berpangkal pada ucapan-dan buahnya adalah kata-kata yang benar
3-dahan yang berpangkal dari kedua kakinya-dan buahnya adalah suka menjalani solat berjemaah
4-dahan yang berpangkal dari kedua tangannya-dan buahnya adalah memberi sedekah
5-dahan yang berpangkal dari kedua matanya-dan buahnya adalah melihat setiap kejadian sebagai teladan
6-dahan yang berpangkal dari perutnya-dan buahnya adalah memakan makanan yang halal dan meninggalkan ragu-ragu.
7-dahan yang berpangkal pada jiwanya-dan buahnya meninggalkan nafsu syahwat.

jagalah,peliharalah,cantaslah dahan-dahan iman ini dengan berhati-hati...agar pangkal-pangkal yang tumbuh nanti kan bakal mengeluarkan buah-buah iman yang terbaik..

hari ini dalam sejarah

listen through the lyrics

kerana ALLAH sentiasa bersamamu

kerana  ALLAH sentiasa bersamamu